Wednesday, 22 May 2013

Thailand : Hat Yai

Assalamualaikum

Orang lain tengah syok sambut raya, boleh pulak mak aku terfikir nak ajak pergi Hat Yai. Alang-alang dah dekat dengan Perlis, kami teruskan niat yang suci lagi murni tu. Selalunya kalau balik Perlis mak aku akan pergi Padang Besar, sempadan Malaysia-Thailand. Tapi tahun 2011 ni lain sikit, nak pergi Hat Yai, tukar angin katanya.

Peta Hat Yai, Thailand.

Hat Yai terletak di Selatan Thailand yang berhampiran dengan sempadan Malaysia, dan ia merupakan bandaraya yang terbesar di wilayah Songkhla. Hat Yai merupakan singkatan bagi "Ma Hat Yai" yang bermaksud pokok Ma Hat besar. Kat sini ramai rakyat Thailand yang beragama Islam, jadi soal makan-makan tak perlu risau, banyak restoran halal kat sini. Nak pergi Hat Yai ada pelbagai cara, dengan kapal terbang, train, nak bawak kereta dari Malaysia pun boleh. Untuk yang drive kereta dari Malaysia mesti bawa geran kereta sekali sebab kereta tu kena register dulu kat imigresen Thailand. 

Welcome to Thailand.

Macam kitorang, waktu tu abang aku dalam keadaan yang teramat malas nak drive masuk Thailand. Tetapi kami tak perlu risau, banyak van-van kat border yang tengah menunggu korang. Park je kereta korang kat imigresen Malaysia dan korang sewa van tu. Harga sewa bagi sebuah van adalah RM 300 sehari. Bagi sape-sape yang pandai bahagian tawar menawar boleh dapat RM 200 je sehari. Oleh disebabkan abang aku ni pandai nego, akhirnya dia berjaya dapat harga 200 tu. 

Border Malaysia-Thailand.

Apa yang menarik di Hat Yai? Ok, aku selalu cerita tempat-tempat yang bersejarah kan. Kali ni bagi sesiapa yang minat shopping boleh pergi Hat Yai. Ramai yang kata Hat Yai ni adalah syurga membeli-belah. Dan itu terbukti bila aku tengok golongan ibu-ibu ni membeli-belah dengan rakus. haha.. Kakak ipar aku sampai tak menang tangan ber-shopping, maka tugas menjaga anak-anak dia beralih kepada aku. Bagi kaum-kaum ibu, kat sini banyak jual kain-kain sutera Thailand, baju-baju, dan macam-macam lagi. Bagi orang lelaki pulak, kalau nak beli barang yang pelik kat sini lah tempatnya.

Selain dari itu, kepelbagaian makanan juga terdapat kat Hat Yai dan anda tak perlu meragui status halal mereka. Antara yang femes di Hat Yai adalah Pulut Ayam, Pulut Mangga dan banyak lagi. Aku try pulut ayam je kat sini. Boring menunggu mak aku shopping, sebat pulut ayam dulu. Sampai je kitorang kat situ, tempat pertama yang dituju adalah kedai makan. Isi perut dulu sebelum start membeli-belah kan.

Order banyak tapi harga murah, Hat Yai, Thailand.

Sebelum start shopping bergambar dulu, Hat Yai, Thailand.

Gerai pulut ayam, Hat Yai, Thailand.

Floating Market juga merupakan tempat tarikan pelancong di sini. Peniaga-peniaga disini berniaga diatas sampan. Memang tak sah kalau datang Hat Yai tak pergi ke floating market. Floating Market ni tutup pada hari-hari tertentu, aku dah lupa hari apa diorang tutup, jadi make sure korang plan betul-betul nak pergi sana. Kebanyakan mereka menjual souvenirs, kain-kain dan makanan. Benda simple-simple je tapi yang menarik tu semuanya dijual di atas sampan.

Floating Market, Hat Yai, Thailand.

Floating Market, Hat Yai, Thailand.

Bergambar sebelum pulang dari Hat Yai, Thailand.


Basically Hat Yai adalah tempat untuk shopping, tempat lawatan pun tak banyak. Bagi sesiapa yang rajin nak membawa ke Songkhla boleh jugak. Sebab Songkhla dah tak jauh mana dari Hat Yai. Mungkin ini sahaja untuk travelogue kali ni. Rasa macam malas nak tulis panjang-panjang. Hope you guys enjoy reading it.

Thanks for reading this. Until next time, In Syaa Allah.

No comments:

Post a Comment