Assalamualaikum
Kalau masa sekolah rendah cikgu tanya aku bila dah besar nak jadi apa, aku akan jawab nak jadi macam abah! nak jadi pilot! Semua ada sebab masing-masing dengan kerjaya diorang. Doktor ada sebab kenapa jadi doktor, lawyer ada sebab kenapa jadi lawyer, kawan aku jadi lawyer sebab dia pandai kelentong~haha.. dan ni sebab kenapa aku nak jadi macam ayah aku.
Leftenan Muda Kamaruddin Mydin
Kat atas ni adalah gambar Encik Captain Kamaruddin bin Mydin yang sekarang sudah melebihi 5000 hours on Sikorsky. Tu baru Sikorsky, malas aku nak cerita pasal Bell dengan Eurocopter lagi. Yup, aku memang bangga dengan ayah aku. Hari ni adalah birthday ayah aku yang ke 62, Happy Birthday! Nak cerita tentang ayah aku sikit, dia memang tegas dengan anak-anak sampai aku dengan abang-abang aku memang cukup cuak dengan ayah aku. Jadi senakal-nakal kitorang pun, kitorang tak berani nak buat benda bukan-bukan.
Kalau berdasar cerita tok wan aku, sebenarnya cita-cita ayah aku nak jadi doktor. "Tapi masa tu kami takdak duit, abah hang kalut dok cari duit dgn wan hang nak jadi doktor tapi bukan senang nak cari duit." Lebih kurang camni la ayat tok wan aku. Last-last ayah aku join TUDM, aku seronok dengar bila ayah aku buka cerita masa dia kat air force dulu. Ayah aku asal dari keluarga susah, sebab tu jugak kami adik-beradik diajar hidup susah bukan asal mintak je dapat. Aku darjah 3 dah dihantar masuk asrama.
Ayah aku membesar kat rumah ni, sekarang dah jadi rumah batu.
Ayah aku pernah terlibat dalam operasi menghalau komunis dari tanah Malaysia, aku dah tak ingat tahun berapa tapi masa tu komunis ni di tekan sampai ke Jeli & Grik. Yang mana, tugas TUDM ni sebagai transportation untuk askar-askar dan komando-komando. Beliau merupakan kadet yang terawal mendapat gelaran Captain iaitu semasa beliau berumur 22 tahun. Selepas berkhidmat lebih kurang 20 tahun untuk Tentera Udara Diraja Malaysia, ayah aku masuk MHS (Malaysia Helicopter Service) dan menjadi salah seorang orang penting MHS. Tu dulu la, sekarang dah jadi orang biasa.
2 dari kiri, Capt. Kamaruddin Mydin bersama Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu.
Walaupun ayah aku tegas dalam mendidik anak-anak sampai kadang-kadang nak tegur pun takut-takut, tapi ada satu perkara yang menjadikan aku berani untuk bertekak dengan ayah aku, iaitu bila tengok bola.~haha.. yaaa..ayah aku seorang peminat setia Newcastle United dari dulu sampai sekarang. When it comes to Newcastle United, game on. Walaupun kadang-kadang pelajaran aku tak stable, dia takkan marah tapi dia akan masuk bilik aku tanya dengan elok kenapa jadi macam tu. Pastu malam tu siap, kena tusyen dengan dia, sampai sekarang kena camtu lagi. Sebelum ayah aku retired, sekarang cita-cita terbaru aku adalah aku nak jadi Co-Pilot ayah aku dalam S-76. Can you imagine father & son flying together, it's gonna be great.
Taken in December 1974. My Dad, My Hero.
Memang ayah aku tegas dalam mendidik anak-anak tapi dengan sebab tu kitorang berjaya sekarang. Sikap tegas beliaulah menjadi sumber inspirasiku. Cewah..macam penutup karangan pulak kan.haha.. Anyway,
HAPPY BIRTHDAY ABAH!
Thanks for reading this. Until next time, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment