Saturday, 1 April 2017

Maldives : Paradise On Earth

Assalamualaikum

Dah lama tak post kat blog ni. Kadang-kadang ada terfikir jugak, buat apa nak berblog bukan ada yg baca pun. Tapi aku tak kisah, kali ni aku nak share trip honeymoon ke Maldives. Ramai yg nak sangat pergi ke Maldives kan, so aku cuba utk bagi sedetail yg boleh tentang tips-tips di Maldives. Tapi sebelum tu macam biasa, sikit maklumat tentang Maldives.


Republic of Maldives atau lebih dikenali dengan Maldives terletak di Lautan Hindi. Kedudukan negara Maldives ni berada di antara India dan Sri Lanka. Maldives mempunyai banyak pulau sebanyak 26 pulau bermula dari Ihavandhippolhu Atoll di utara ke City Addu di selatan. Yang terdiri daripada wilayah yang merangkumi kira-kira 298 kilometer persegi. Maldives juga merupakan salah satu negara Asia yang paling kecil dari segi penduduk dan tanah, dengan lebih kurang 393,500 penduduk. Malé adalah ibu kota dan mempunyai penduduk paling padat dan sebelum ni Malé juga dipanggil "King's Island" kerana lokasinya.

Back to my main topic, ok..tips-tips nak ke Maldives. First tiket flight, aku beli tiket flight Air Asia ni 4 bulan sebelum dengan harga RM400+ seorang return flight. Kalau dua orang RM 800 lebih, nak senang aku letak RM900 la. Ramai kawan aku ckp diorg cuba jugak tengok tiket flight murah tapi tak dapat. Actually benda ni pun atas nasib jugak, ada yg dapat murah, ada yg dapat mahal. Tapi satu tips utk korang, kalau dah plan nak pg mana-mana tu boleh survey tiket awal-awal 4 bulan sebelum pun dah ok dan kalau korang larat boleh survey masa tengah malam, pukul 12 ke pukul 1 ke. Aku beli tiket tu tengah malam jugak, masa tu tengah boring tak tau nak buat apa tapi tak blh tidur. Nak dijadikan rezeki search ke Maldives dapat murah tiket return utk dua orang. For your info, tu dah termasuk baggage utk sorang sekali.

 Breakfast di Plankton Beach Hotel, Hulhumale.

Day 1: Di Maldives ni korang tak perlu risau sebab pulau tak besar mana pun, pulau yang besar pun dekat Male dgn Hulhumale je. So kita mula dari airport dulu, memandangkan flight kitorg sampai malam dari Malaysia, aku decide utk stay satu malam kat Hulhumale. Di Hulhumale aku ambik Plankton Beach Hotel. Sampai je kat Velana International Airport Maldives, aku terus ambil teksi ke hotel sebab malas nak tunggu bas. Kitorg tidur satu malam kat Hulhumale sebelum ke pulau yg lain iaitu Maafushi.

Ferry dari Hulhumale ke Male ada setiap 15 minit. Jadi tak perlu risau sangat. Memandangkan ferry dari male ke maafushi hanya ada pada pukul 10 pagi dan 3 petang, kitorang decide nak naik feri pkl 3 petang dr Male ke Maafushi, jd kitorg check out pukul 1130. Kitorg ambik teksi nak ke jeti dari hotel sebab  malas nak jalan kaki. Sampai di jeti Male, sekali lagi aku ambil teksi ke jeti Villingili. Walaupun tak jauh mana, tp charge teksi blh tahan jugak. Sampai dijeti aku terus beli tiket ferry pkl 3, lepas tu ajak wife makan di restoran seberang jalan. Di Maldives ni makan mmg mahal sebab tax diorg banyak, kalau takat $10 sorang sekali makan tu mmg standard. Kalau korang nak murah maybe blh makan kat Hulhumale. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit ke Maafushi. So buckle up guys, sbb ferry mmg betul-betul menguji kesabaran anda. Sampai je di Maafushi, terus check in dan tido.

Bikini Beach, Maafushi, Maldives. 

Day 2: Nothing much..pusing-pusing pulau maafushi then decide utk main watersport. Sehari suntuk aku dan wife main watersport. Setelah survey banyak tempat last kitorg decide untuk ambik couple package kat Active Watersport. Apa yang ada dalam package tu? 
  1. Fun tube    - 15 minit
  2. Jet ski        - 15 minit
  3. Parasailing - 15 minit
  4. Kayak        -  1 jam
Nampak macam happy kan? tapi penat gila

Wife penat lepas 5 minit kat atas, dia kata tinggi sangat.

Since aku booked hotel Sun Tan ni halfboard, hotel hanya breakfast dan dinner. Kitorg lunch kat Arena Beach Hotel. Ramai tourist comment yg makanan kat sini sedap, korang blh survey kat trip advisor kalau nak info lain. Satu benda yang aku nak pesan kat korang, jangan sesekali makan dkt Hotel Kaali sebab harga setiap dish tak termasuk tax dan makanan memang tak sedap langsung, sampai mat saleh sebelah aku pun ckp tak sedap. 

Day 3: Tak sah kalau pergi pulau tapi tak snorkeling. Kitorg ambik package snorkeling dekat hotel je. Setiap hotel akan offer their own package. Dalam package ni kita akan snorkeling dua tempat, then singgah lunch di Sandbank dan tengok dolphin berenang.
  1. Banana Reef
  2. Turtle Reef
  3. Sandbank (lunch + soft drinks provides)
  4. Dolphin watching
Dolphin Watching, Maldives.

Sandbank, Maldives.

Balik dah penat, malam ni aku dan wife dinner kat tepi pantai. Akhirnya termakbul jugak doa dpt candle light dinner tepi pantai sebab hari sebelum ni hujan bila malam.

Prepared by Sun Tan Beach Hotel.

Sunset by the beach fot the last day in Maldives.


Day 4: Masa untuk balik ke Malaysia, kali ni aku naik speed boat sebab takut terlepas flight. Korang boleh tanya kat hotel untuk speed boat to airport. Dari Maafushi ke airport hanya 30-40 minit je, tak lama macam naik feri.

Jeti speed boat dekat dgn airport.

Takat ni je post aku tentang honeymoon trip di Maldives. If you guys have any question regarding this post don't hesitate to leave your comment, i'll try my best to help you guys. Thanks for reading this.






Hotel : Plankton Hotel (Hulhumale)
            RM 339/ 1 night

            Sun Tan Beach Hotel (Maafushi) Half board
            RM 577/night x 3 night = RM 2,109
            Taxes & Fees = RM380.31

Makan : Breakfast & Dinner at hotel 

Transport : Hulhumale - Male
                   Airport - Hulhumale = $10
                   Hotel - jetty - $3 (Taxi)
                   Ferry to male - $1/pax (every 15 min)

                   Male - Villinggili
                   Jetty-Villinggili - $3 (Taxi)
                   Villinggili - Maafushi
                   Ferry to Maafushi - $3 (1 hr 30 min)
                   
                   Maafushi - Airport 
                   Speedboat - $20/pax
   
Activity : WaterSport $160
                 Snorkeling Half Day $30
             

                                             

No comments:

Post a Comment