Thursday, 1 August 2013

Makkah : Haji 1430H

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sebelum balik dari Jordan pada tahun 2009 aku berkesempatan tunaikan haji buat kali pertama. Rasa bersyukur sangat sebab Allah masih terima diri ini. Walaupun selama ni, ada kealpaan dan kelalaian yang dilakukan tp masih diterima utk menjadi tetamuNya. Masa tunaikan haji ni macam-macam benda yang jadi,suatu perkara yang tak dijangka. tapi kesulitan tu mungkin sebagai kafarah dosa selama ini.
Kadang-kadang apa yang kita nak, tak dapat tapi apa kita tak hajatkan, benda tu yang kita dapat. Dan ni adalah ujian dari Allah untuk mengajar kita erti syukur. Apa yang dikurniakan oleh Allah itulah yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang hanya manusia yang tak tahu nak bersyukur, malah selalu inginkan yang lebih. dalam keadaan ditengah lautan manusia, mase tu ujian tiba. Kaki yang pernah patah dah elok berbulan-bulan boleh bengkak balik. Jadi terpaksa aku jalan dari Arafah ke Muzdalifah dengan bertongkatkan payung free. haha
sabar.teruskan melangkah.doakn dosa yg lalu terhapus dan dipermudahkan urusan.
Darjat adalah sesuatu perkara yg dinilai oleh manusia. Tapi ketika haji darjat, pekerjaan, gaji, dan sebagainya takkan dinilai oleh Allah. Semuanya sama disisi Allah iaitu sebagai hamba yang mengabdikan diri kepadaNya. Apa yg dinilai disisi Allah adalah taqwa seseorg itu.
"Tidak ada perbezaan diantara orang arab dengan orang bukan arab melainkan Taqwa mereka." 


Persediaan untuk masuk Makkah.

Ketika tawaf keliling Ka'bah, Masjidil Haram, Makkah.

Sai'e Safa & Marwah, Masjidil Haram, Makkah.

Banyak benda nak cite tapi macam malas nak type. Ini adalah pengalaman aku, orang lain mungkin ada pengalaman yang lain. Pengalaman indah ke yang buruk, janji pengalaman. Aku malas nak cerita macam mana aku kerjakan haji, korang boleh tanya kat Encik Google. haha
Tapi apa yang penting adalah muhasabah balik apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita kerana muhasabah itu menjadikan diri seseorang itu lebih baik dari hari ke hari. Ketika menjalani ibadah haji ni baru kita terasa bertapa kerdilnya diri kita ni.
Muhasabah.Berubah.Doakan Allah bagi kekuatan utk mengharungi liku-liku hidup ini.

Sebelum menunaikan solat zohor di Masjid Nabawi, Madinah.

Keadaan disekitar Masjidil Haram lepas solat asar, Makkah.

Para-para sahabat disemadikan di Baqi', Makkah.

Ramai orang yang berjalan dari Arafah ke Muzdalifah, Makkah.


Bersedia untuk ke Mina.

Ini adalah misi menuju ke Mina.

Terserempak dengan budak comel ni masa otw ke Muzdalifah, Makkah.






  • Pakej Haji di Jordan : RM 2,500 including bas, tempat tinggal, visa bla bla bla.
  • Makan                     : Sendiri tanggung.

So that's all folk. Cukup untuk entry travelogue kali ni. Yang lain akan menyusul tak lama lagi. Aku agak busy dengan kerja buat sementara waktu, terbang sana, terbang sini, sampai bulan puasa ni tak sempat nak balik kampung pun. Anyway, thanks for reading this dan semoga korang semua menemui Lailatul Qadr yang semua umat Islam impikan.  

No comments:

Post a Comment