Sunday, 23 December 2012

Konya : Sultanate of Rum

Assalamualaikum

Travel secara adventure ni memang penat, lagi-lagi kalau travel takde plan. Bas yang kitorang naik dari Halab, Syria ke Antakya, Turkey ni ambik masa selama 5 jam. Sampai kat Antakya, bas akan stop jap kat situ untuk cop visa. Sampai je kat station bas Antakya, aku terus pegi kaunter beli tiket ke Konya, tempat first skali kitorang pergi. Kat Antakya tak susah sangat nak berkomunikasi sebab kat sini orang Turkey boleh bercakap bahasa arab. Perjalanan ke Konya ambil masa lebih kurang 6 jam. Tapi tak terasa sangat sebab naik bas kat Turkey ni macam naik flight, siap ada stewardess lagi. 

Sampai je kitorang kat Konya, ada sorang mamat Turkish ni offer hostel kawannye yang tak jauh dari bus station. Dia punya promote macam bagus. haha..double bed room la, breakfast la, tu la, ini la. Sekali tanya harga, 10 euro. Gulp..terus sebat sebab murah. Bilik pun boleh tahan sebab aku bukannya nak duk lama kat sini maybe around 3 days. Sebenarnya 2 hari pun dah cukup kat Konya, bukan ada apa sangat kat sini.

Lepas mandi & siap-siap, kitorang pon mengorak langkah teroka bumi Konya, Turkey. Dah nama adventure kan, so kitorang travel naik tram dan bas je. Nak jimat kos. Konya ni lebih dikenali dengan nama "Sultanate of Rum" atau Anadolu Selçukluları, disinilah lahirnya penyair-penyair dan pemikir-pemikir Sufi Rumi yang menetap di bandar ni pada waktu tu. Furthermore, warisan seni bina yang boleh dilihat hari ini adalah berasal dari Konya. Kebanyakan masjid-masjid lama di Turkey berada di sini. Bagi aku, kalau sape-sape yang lalu Konya mesti singgah kat sini.


Mevlana Müzesi 

Mevlana Müzesi ataupun Maulana Museum terletak ditengah bandar Konya dan merupakan tarikan utama pelancong. Pada zaman era Seljuk, seorang Sultan iaitu Sultan Ala 'al-Din Kayqubad telah menjemput seorang maulana ke Konya. Beliau tawarkan 'Taman Bertingkat' atau 'Rose Garden' sebagai tempat pengebumian Walad Baha' ud-Din (atau Bahaeddin Veled), bapa Maulana pada 1231. Pada 17 Disember 1273, Maulana telah dikebumikan disebelah bapa beliau. 

Macam aku cerita sebelum ni museum ni duk kat tengah2 bandar, so kitorg pegi sana naik tram je dengan harga 1.20 TL. Pada sape2 yang nak naik teksi kat sini, jaga2 sikit sbb driver teksi kat sini ketok sampai benjol. 

Hüsamettin Celebi, pengganti kepada Maulana telah membina makam diatas kubur gurunya. Di era pembinaan Seljuk, makam tersebut di bina oleh seorang arkitek Behrettin Tebrizli pada 1274. Dari sudut kewangan, pembinaan ini dijana oleh Hatun Gürcü, isteri Emir Suleyman Pervane Seljuk, dan Emir Alameddin Kayseri. Jadi sekarang makam ini dijadikan sebagai museum tarikan pelancong atau lebih femes dengan Mevlana Müzesi. Selain daripada tu, antara tokoh yang terkenal di sini ialah Jalaluddin ArRumi yang mana mungkin banyak diantara kite yang pernah dengar dalam buku pendidikan Islam. Seorang tokoh aliran Sufi yang terkenal sebagai penyair di Konya. Tiket untuk museum ni 4 TL.

Macam dalam gambar ni la perasaan kitorg bila sampai kat Konya. Suhu pada masa tu lebih lebih kurang -5 degree. Masa dalam bas tak terasa sangat sebab ada heater. Bila kat luar ni ambik kau..selamba tak rasa tangan sendiri.

Pusing punya pusing dalam museum tu aku dah agak bosan, sebab takde apa sangat. Dalam ni banyak barang-barang golongan sufi macam tasbih besar, alat muzik dan juga ade manuskrip quran. Berdekatan dengan museum ada beberapa madrasah yang terawal dibina di Konya, Turkey.

Salah satu madrasah yang terawal dibina. Konya femes dengan bandar Islam kerana disini banyak dibina madrasah-madrasah pada era Seljuk.

Turkey adalah negara yang terkenal dengan seni. Ini adalah serpihan pintu madrasah yang telah pun pecah. Pintu ni sebenarnya besar tapi dah pecah jadi empat.

Alaeddin 's Hill

Lepas habis jalan-jalan kat madrasah. Makan adalah antara tujuan utama kitorang dtg sini. haha.. Makan biasa-biasa je, selera diorang lain daripada orang Malaysia jadi sebat je la janji kenyang. Sempat solat zohor kat Alaeddin Keykubad Camii dan beramah mesra dengan jemaah masjid tu. Ada sorang mamat Turkey ni boleh cakap indon, kitorang layan la. Dia suggest satu tempat dekat dengan masjid iaitu Alaeddin's Hill & Mersin. 

Alaeddin Keykubad Camii. Camii bermaksud masjid, diambil dari perkataan arab Jami'.

Dah habis syok bersembang, kitorang terus gerak ke Alaeddin's Hill. Bukit Alaeddin ini adalah bukit tiruan yang dibina oleh Sultan Alaeddin Keykubad pada era Seljuk. Ia terletak elok di tengah-tengah bandar tak jauh dari Mevlana Müzesi. Disekelilingnya terdapat taman dan kafe terbuka, so kitorang ambik kesempatan untuk minum cai atau teh time sejuk ni. 

Serpihan tembok pertahanan bagi tentera Byzantine pada waktu itu. Seketika dulu, tembok ini adalah Konya's one real skycraper.

Tugu apa entah kat bukit tu. Kat belakang tugu tu ada open air cafe. Kat situ kitorg lepak minum cai. Secawan lebih kurang 0.60 TL.

Bajet cute sikit. haha..rasa nak bergolek-golek atas rumput ni macam filem hindustan.

Mersin

Mersin terletak tak jauh dari Konya. Mersin adalah daerah atau kawasan berbeza dari Konya. Kitorang pergi sana pun sebab mamat Turkey yang kami jumpa kat masjid tu suggest. Katanya kat Mersin ni cantik tempatnya, boleh main kayuh-kayuh bot pastu tempat best untuk lpeak. Jadi kitorg excited la apa lagi. 

Memandangkan still awal nak balik hostel, kitorg naik bas dari Konya. Perjalanan lebih kurang 10 minit dr sini. Sampainya aku kat sana, agak kecewa sikit sebab waktu tu tengah musim sejuk. Jadi tasik kat mersin tu beku, pastu banyak kedai tutup. Alang-alang dah datang, dapat bergambar pun jadi la.

Tasik Mersin yang beku, hanya ada budak-budak kampung kat situ.

Mengeluh kekesalan tak dapat kayuh sampan itik. haha..

Kebanyakan kedai semua tutup disebabkan tasik beku.

Sufi Whirling

Setel sudah teroka bandar Konya, ada satu lagi belum complete iaitu Sufi Whirling atau Tarian Sufi. Actually aku dah pergi petang tapi takde show, show start pukul 8 malam. Kitorang decide nak jugak tengok show ni, so beli la tiket untuk sebelah malam. Harga tiket tak mahal mana, satu tiket 8 TL. 

Sedikit tentang Tarian sufi, yang dikenal juga sebagai “the darvishes’ whirling” merupakan salah satu jalan untuk tunjukkan rasa kasih kepada maulana mereka. Tarian ini dipopularkan oleh kelompok Mevlevi Order yang selepas kematian Maulana Jalaluddin Rumi (1207-1273) ratusan tahun yang lalu. Ianya seperti berzikir kepada Allah dalam bentuk tarian & music yang dipanggil 'Sema'. 

Tarian Whirling Dervishes


Sema melambangkan perjalanan mistik roh seorg hamba Allah utk mencapai kesempurnaan dgn menaikkan semangat kecintaan kpd Allah, membuang keegoan dan mencari kebenaran. Pada zaman empayar Turki Uthmaniyah, tarian ni tersebar sampai ke Balkan, Syria & Egypt. Pada tahun 1923, Mustafa Kamal Attaturk mengharamkan tarian ni. Namun, pada tahun 1950, ianya kembali diperkenalkan kerana dianggap dapat membantu menarik pelancong2 luar ke Turkey.

Tarian ni dilakukan dengan memusingkan badan secara berterusan. Memang power sape yang menari ni sebab rilek je tak pening2 lepas habis menari.

Bagi aku Konya adalah tempat menarik untuk korang pergi. Kat sini hanya memerlukan 2 hari je. Korang boleh pusing satu bandar dalam masa sehari. Selepas selesai show Whirling Dervishes, kami terus balik hostel untuk solat maghrib & isya'. Elok letak je kepala kat bantal,  aku tak sedar bila aku terlelap. Apa-apapun esok masih jauh lagi perjalanan nak ke Bursa.

I think that's it for now. Thank you for reading this. 

Until next time, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment