Assalamualaikum
Masih lagi pusing-pusing Jordan tapi kali ni aku ke Wadi Rum, Jerash, dan Ummu Qays. Wadi Rum dikatakan menyerupai planet Marikh sebab permukaan dah pasirnya yang berwarna kemerahan. Wadi Rum juga merupakan lokasi penggambaran bagi filem-filem yang famous macam Star Wars, Transformers, Passion of the Desert, Red Planet, Lawrence of Arabia, Nur Kasih dan yang latest adalah Prometheus.
Digelar sebagai "Pompei of the East" sebab bandar Jerash menyerupai bandar kerajaan Rom. Pada zaman pemerintahan Pompei pada tahun 63 sebelum masihi, nama bandar Jerash ditukar kepada Gerasa. Pada tahun 395 masihi menyaksikan agama kristian menjadi agama dominan di Jerash sehingga di era Maharaja Justinian pada tahun 527-565 Masihi, bilangan gereja meningkat kepada 12 buah.
Pasir di Wadi Rum, Jordan.
Aku jejak kaki di Wadi Rum masa mula-mula sampai di Jordan dengan housemate aku. Biasa la budak baru sampai mesti tak pandai cakap arab kan, so housemate aku yang buat semua memandangkan dia student master kat situ. Patutnya harga sebuah jeep lebih kurang 80 JD, tapi disebabkan si housemate aku ni baik punye urut janggut pak arab tu, kami dapat separuh harga 40 JD. Bermulalah perjalanan kami meneroka Wadi Rum ni. Harga tu untuk sebuah jeep, boleh naik 6-8 orang.
Stop kejap nak ambik gambar, Wadi Rum, Jordan.
Ada satu je pokok kat Wadi Rum, Jordan.
Wadi bermaksud 'lembah' dan Rum yang dikatakan berasal dari perkataan Bahasa Aramia yang bermaksud 'tinggi'. Tempat yang paling tinggi di Wadi Rum adalah Gunung Um Dami dengan ketinggian melebihi 1,800 meter. Macam biasa, sedikit fakta tentang sejarah Wadi Rum. Sejak zaman prasejarah, Wadi Rum telah didiami ramai manusia yang berbeza budaya. Tapi kesan budaya yang paling ketara adalah budaya orang Nabatean. Mereka meninggalkan sejarah mereka dalam bentuk lukisan di batu-batu dan juga temple.
Lawrence of Arabia (1962)
Bagi sape-sape yang minat movie lama yang tegar seperti aku, korang mesti pernah tengok Lawrence of Arabia kan? Filem yang ditayangkan pada tahun 1962. Ni cerita sebenar tentang si Lawrence ni, Thomas Edward Lawrence merupakan seorang British Military yang join geng pembebas yang mahu menubuhkan kerajaan Arab yang baru bermula dari Syria hingga ke Yemen dari kerajaan Uthmaniyyah. Arab Revolt atau الثورة العربية dalam bahasa arab, diasaskan oleh Sherif Husein bin Ali, yang disertai oleh Husein Ali, Raja Faisal, Edmund Allenby dari UK dan termasuk T.E. Lawrence.
Kawasan pergunungan di Wadi Rum, Jordan.
Hierographic di batu-batu gunung Wadi Rum, Jordan.
Monumen di Wadi Rum, Jordan.
Apa yang menarik kat Wadi Rum? Actually kalau kena pada masa korang datang sini, aktiviti yang menarik adalah skydiving, hot ballon, hiking, jalan-jalan naik unta dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku yang paling best ialah dapat tengok sunset secara live di Wadi Rum. Selain dari tu, kalau nak lebih adventure korang jangan ambik hotel, lebih seronok camping kat padang pasir tu. Tapi macam aku, nasib baik pak arab driver tu bagi tumpang khemah dia sebab kitorang terlupa nak bawa khemah.
Khemah Pak Arab di Wadi Rum, Jordan.
Muka ada senyum, Wadi Rum, Jordan.
Sunset di Wadi Rum, Jordan.
- Kereta sewa : 30 JD sehari
- Pick-up Truck di Wadi Rum : 80 JD
Jerash - The Gerasa of Antiquity
Digelar sebagai "Pompei of the East" sebab bandar Jerash menyerupai bandar kerajaan Rom. Pada zaman pemerintahan Pompei pada tahun 63 sebelum masihi, nama bandar Jerash ditukar kepada Gerasa. Pada tahun 395 masihi menyaksikan agama kristian menjadi agama dominan di Jerash sehingga di era Maharaja Justinian pada tahun 527-565 Masihi, bilangan gereja meningkat kepada 12 buah.
Dalam Jerash, Jordan.
Hippodrome, Jerash, Jordan.
Kerajaan Parsi mula menguasai Jerash pada tahun 614 masihi dimana mereka memusnahkan hampir semua monumen yang telah dibina oleh orang-orang Rom. Tapi Jerash kemudiaannya di rampas balik oleh kerajaan Rom yang dipimpin oleh Maharaja Hercules pada 627 masihi. Kerajaan Arab Ghassan berada dibawah pemerintahan Rom pada waktu itu.
Pada zaman Umawiah iaitu pada 636 masihi, merupakan detik kegemilangan Islam sebab kerajaan Umawiah menguasai Jerash daripada Rom. Ia terkenal sebagai lombong perak dan gangsa desamping kawasan industri tembikar. Antara binaan yang kekal ialah Masjid Umawiah Jerash antara masjid tertua di Jordan.
Salah satu monumen di Jerash, Jordan.
Apa yang menarik kat Jerash? Takde apa yang menarik bagi kaki shopping, bagi kaki sejarah jawapannya adalah Ya! Memang menarik. Korang boleh tengok sebuah bandar Rom yang terletak di Timur Tengah. Dan ia hanya boleh didapati di negara-negara Syam seperti Jordan, Syria dan Lubnan. Selain dari itu kalau korang kena pada masa, selalunya ada satu show kat South Theatre, ada persembahan muzik pentas.
South Theatre, Jerash, Jordan.
Dan bagi sape-sape yang bercadang nak pergi, aku cadangkan korang take a look kat map Jerash dulu sebelum teroka tempat tu. ia akan memudahkan dan menjimatkan masa korang kat situ. Daripada korang terkial-kial kat mana nak pergi dulu kan. Kat bawah ni aku ada letak gambar map Jerash. Let's cekidaut!
Map Jerash, Jordan.
- Bas tambang : < 2 JD (aku pun dah tak ingat berapa, tapi tak melebihi 2 JD)
- Tiket masuk : 8 JD (TOURIST) , 1 JD (STUDENT)
Jadi setakat ni la dulu cerita tentang Jordan. Next post will be Aqabah dan Ummu Qays.
Thanks for reading this. Until next time, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment