Monday, 24 December 2012

Bursa : Green City

Assalamualaikum

Hari kedua di Turkey, kami bertolak dari Konya ke Bursa awal pagi dengan bas. Dengan harga  17 TL sorang kami dapat tiket ke Bursa. Perjalanan ke Bursa ambil masa 8 jam dan nak ke sana kena lalu jalan di lereng-lereng bukit which is jalan sempit dan berbelit-belit. Nasib baik driver-driver bas Turkey ni pemandu berhemah, slow je bawak bas. Sampai je kat Bursa, aku terus capai pamphlet nak cari hostel yang murah. Dapat la satu hostel murah tapi tak semurah kat Konya. Diorang bagi 25 euro satu malam. Kami stay kat Bursa dalam 3 hari 2 malam. First day kat Bursa, kami tak sempat nak pegi banyak tempat sebab sampai kat situ pun dah petang. Yang penting esok tu nak pergi  Mount Uludağ, si Ame ni nak sangat main ski.

Bus Station di Bursa. Penuh sesak dengan orang Turkey dan pelancong. Bursa adalah bandar ke-2 terbesar di Turkey.

Sedikit info tentang Bursa, Turkey. Bursa terletak tak jauh dari Istanbul. Ia dipanggil "Yeşil Bursa" yang bermaksud 'Green Bursa', di sini terdapat banyak taman-taman yang cantik yang terletak di hujung bandar. Selain dari tu, di Bursa ni mempunyai hutan yang luas dan kaya dengan pelbagai hasil hutan. 

Dahulunya Bursa adalah ibu negara yang pertama Turkey diantara tahun 1326 & 1365 masa Empayar Uthmaniyah. Kedua-dua sultan yang menjadi pengasas Turkey iaitu Orhan dan Osman telah disemadikan di sini. Kat sini jugak empayar hasil seni yang terbesar mula dibangunkan.

Merenung keindahan Bursa, walaupun bandar ni agak padat tapi bangunan masih teratur. 

Berbalik kepada cerita aku, elok check-in hostel, kami terus keluar cari makan. Lapar tak ingat. Sebelum datang sini, kawan Ame ada bagitau kalau kami pergi Bursa mesti makan İskender kebab

 İskender kebab berharga 7 TL. Selalunya orang Turkey makan  İskender kebab dengan teh atau Ayran. Ayran sejenis yogurt yang masin-masin sikit. Dikatakan Ayran dapat panaskan badan ketika musim sejuk.

Selepas habis makan tengahari, kami terus menuju ke Ulu Camii yang terletak tidak jauh dari restoran yang kami makan. Selesai solat zuhur, memandangkan kami sampai di Bursa pun dah lewat, jadi  aku cadangkan Ame naik ke bukit dulu. Bukit apa entah aku pun tak ingat, dari atas bukit ni korang boleh nampak hampir seluruh bandar Bursa. Nak naik ke atas tu tak perlu panjat, diorang ada sediakan cabel car dengan harga yang murah. 2 TL untuk seorang. 

Ulu Camii - Semua masjid di Turkey terkenal dengan seni, tak kira dari segi struktur atau hiasan dalaman. Ayat-ayat suci Al-Quran di indahkan dengan tulisan-tulisan khat yang menarik.

Haaa....mana nak lari.

Dah sampai kat atas, terjumpa dengan Abg Zaid,Abg Jimin, & Syahid. Diorang bawak group student Malaysia dari Jordan jugak.

On the way balik ke hotel, terjumpa statue ni. Sultan Osman Ghazi Statue di tengah-tengah bandar di salah sebuah bandar di Bursa.

Nak ceritanya tentang kemesraan orang-orang Turkey, tengah sedap layan makan malam, ada satu group mamat Turkey ni kat restoran. Gaya diorang tengah bercerita tu memang semangat, so kami pandang-pandang tersenyum la kan. Sorang dari group tu datang kat kitorang dengan malu-malu tanya kami datang dari mana? bila dia dapat tahu dari Malaysia, kami pun mula bersembang. Pastu terbuka pulak pasal bola, aku ni tahu la serba sikit tentang kelab Turkey macam Fenerbahçe, Galatasaray,  Beşiktaş. Kebetulan malam ni ada match Bursaspor vs. Galatasaray, dia pulak ada 3 tiket lebih. Kami pun sebat je la, layan bola ok gak malam-malam sejuk camni. Dapat jugak tengok Elano, Milan Baros, Arda Turan secara live. Terkilan sikit sebab time tu jugak la camera aku habis battery. Mana taknye 2 hari main tekan-tekan tak berenti. 

Mount Uludağ

Dah seronok tengok bola yang akhirnya dimenangi oleh Bursaspor 3-1 Galatasaray, kami terus balik hotel. Esok kami akan ambik bas awal pagi untuk naik ke Mount Uludağ. Tiket bas ke sana lebih kurang 5 TL sorang. 

Bursa sinonim dengan  Mount Uludağ, kalau sape-sape yang pegi sini tak sah kalau tak main ski. Perjalanan untuk naik ke gunung tu ambil masa  sejam. Kami pergi Mount Uludağ semata-mata untuk main ski. Saja nak try sebab tak pernah main. Kat atas ni ada jugak ski resort yang famous tapi harga memang tak mampu nak bayar. Dengan harga 12 TL for one complete set & 15 TL untuk snowboard, kami mula bersemangat untuk ber-ski-ing.

Cable car yang naik setinggi 8343 feet. 

Pemandangan di Mount Uludağ.

Semua sedang bertempiaran main ski.

Salji tebal menandakan masa untuk ber-ski-ing.

Budak comel ni lagi hebat main ski dari aku. haha

Lebih kurang setengah jam main ski, aku dah surrender. Rupa-rupanya susah gile nak main ski ni, aku rasa aku penat gelak je tengok Ame mencuba dengan semangat. Siap naik cabel car naik dekat puncak, bajet nak ber-ski dari atas, last2 ber-golek dari atas. haha.. Dah puas main ski aku dengan Ame pergi lepak kat satu cafe kat resort. Cafe lawa, kami ingat harga mahal, padehal takde mahal mane, harga standard coffee biasa je.

Bas akan turun balik pukul 3.00 ptg. Kami lepak kat cafe tu sampai bas nak gerak balik. Sampai je hotel macam biasa terus lena. Yang penting esok akan ke Istanbul, tempat yang di tunggu-tunggu. Nak tengok macam mana rupa wall yang di tembusi oleh Muhammad al-Fateh ketika pembukaan kota Constantinople.

Thank you for reading this. Until next time, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment