Assalamualaikum
Alhamdulillah, sebelum balik ke Malaysia sempat jalan-jalan dengan Syabil & Usamah. Dah 3 tahun aku belajar kat Jordan baru la terasa nak pusing Jordan. Kalau sebelum ni aku pernah cerita tentang Syria dan Jordan tak banyak beza pon dengan Syria. Bumi Syam atau 'Levant' merangkumi Jordan, Syria, Lubnan, Palestin.
Jordan atau nama femesnya Hashemite Kingdom of Jordan bersempadan dengan Syria, Iraq, Israel & Palestin termasuk Arab Saudi. Kat Jordan memang takde laut, cuma ade Laut Mati & Teluk Aqabah, yang lain semua pasir.
Penduduk Jordan berjumlah 6.3 juta orang dan mereka menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa untuk berkomunikasi. English diorang memang kureng sikit, kadang-kadang bunyi cam Russia pon ada gak. Hampir kesemua penduduk berketurunan Arab. 92% adalah Islam, yang selebihnya beragama Kristian Greek Orthodox & Roman Catholic. Negara Jordan adalah salah sebuah negara di dunia yang menerima paling ramai mangsa pelarian terutama dari Palestin.
Jordan mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan. Ketua negara adalah Raja. Ketua Pentadbiran adalah Perdana Menteri. Matawang Jordan adalah Dinar yang agak mahal nak sama dengan pound dah. 1 JD (Jordan Dinar) bersamaan RM 5.
Masa aku kat sana dulu, sempat la merasa main salji, buat snowman, main lempar-lempar salji kat budak-budak. Kawasan barat Jordan mengalami iklim Mediterranean, iaitu panas & kering sewaktu Musim Panas, sejuk & lembap sewaktu Musim Sejuk. Kebanyakan kawasan di barat laut negara ni, terutamanya di Amman, salji yang turun agak tebal pada musim sejuk.
Beralih kepada tempat yang aku dah pergi, hurm.. actually tak semua tempat aku pergi, tak sempat nak pusing sebab masa tu aku tengah busy nak balik Malaysia. Tempat pertama yang aku pergi adalah Petra.
Petra : City of Thousand Secrets
Nampak mcam kota rahsia kan. Petra, Jordan.
Petra atau dikenali sebagai Batra' dalam bahasa arab yang bermaksud batu merupakan sebuah kota di tengah padang pasir yang dibina dengan mengukir batu-batu di bukit. Petra juga merupakan lokasi bagi penggambaran filem Transformers dan Indiana Jones. Nak ke Petra kitorang sewa kereta, bahagi 3 orang, dari Amman ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit ke Petra. Tiket masuk untuk student hanya 2 JD tapi kalau tourist 15 JD. So ramailah pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik yang datang Jordan mesti pinjam kad student dari kitorang.
Dua ribu tahun yang lalu, kaum Thamud telah menubuhkan sebuah kota dengan memahat bukit-bukau untuk dijadikan bangunan. Kaum Thamud memang terkenal dengan kemahiran mengukir. Jadi mereka memahat bukit-bukau untuk dijadikan tempat tinggal. Nabi Saleh a.s telah diutuskan kepada kaum Thamud untuk menyebarkan agama Islam pada ketika itu. Apabila Nabi Saleh a.s diutuskan kepada mereka, mereka tidak mendengar malah engkari seruan Nabi Saleh a.s, dan Allah membinasakan mereka dengan ribut pasir selama 3 hari 3 malam.
Di depan Main Buildings, Petra, Jordan.
Bangunan utama, Petra, Jordan.
Jalan masuk ke Petra, Jordan.
Karak : The Great Castle
Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib, namun menurut sejarah kota ini pernah menjadi kubu Moab malah telah didiami Kristian sejak sebelum Perang Salib Lagi. Kota ini juga merupakan bandar bertembok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible malah turut tertera dalam Peta Mozek Madaba. Kalau nak kesini dari Amman ambil masa dalam 2 jam, tiket nak masuk hanya 1 JD tak kira student ataupun tourist.
Pada 1142M, Lord Pagan Butler telah memindahkan ibu pejabatnya dari Shobak (Montreal) ke Karak. Istana ini juga dijadikan sebagai Istana Besar dan proses pengubah suaian dilakukan dengan menambah parit di sekeliling istana dan menara di setiap penjuru istana.
Kedudukan dan kekukuhannya menjadikan Istana Karak ini sebagai kubu pertahanan di bahagian Timur bagi kerajaan Latin. Istana ini dikelilingi tebing batu dari tiga kedudukan. Jelas kelihatan dari sini jalan perdagangan dan laluan haji ke Makkah di Lebuh Raya di-Raja dan berhampiran dengan Laut Mati serta Jerusalem, Palestin.
Karak Castle, Karak, Jordan.
Bahagian dalam Karak Castle, Karak, Jordan.
Pada 1161M, kota ini dikuasai oleh Reynold Chatillon yang digelar Gajah Masihi dan telah berkahwin dengan Etuenette de Milly. Chatillon dikenali kerana kekejamannya dan dia juga telah memimpin tentera yang mengalahkan Salahuddin Al-Ayubi di Montgisart pada 1177M seterusnya menyerang pedagang Arab yang berlabuh di Laut Merah disamping membina bot-bot yang dihantar ke Aqabah.
Pada 1187 M, tentera Solahuddin telah mengepung kota tersebut selama 8 bulan sehingga memaksa tentera pertahanan kota tersebut menjual anak dan isteri mereka untuk makanan . Akhirnya pada 1188 M mereka tewas dan disebabkan kegigihan mereka maka Solahuddin al-Ayubi telah membebaskan mereka . Istana itu kemudiannya diuruskan oleh adik Solahuddin yang telah memperkuat dan mengukuhkan lagi pertahanannya .
Pada kurun ke-13 dan 14 menyaksikan betapa kota tersebut dikemaskini dan diperindahkan struktur dalamannya di bawah pemerintahan Islam. Sultan Baibars telah bertanggungjawab dalam memperdalam parit kota di samping membina monumen di bahagian selatan dan menara bulat dengan simbol singa di tembok timur bandar kota tersebut. Namun gempa bumi pada 1293 M telah memusnahkan kebanyakan besar bahagian kota tersebut.
No comments:
Post a Comment