Saturday, 12 January 2013

Giza : The Ancient Pyramid

Assalamualaikum


Hari Pertama
Kami mula meneroka Giza dengan 3 buah piramid yang sememangnya terkenal. Oleh disebabkan hotel kami tak jauh dari Giza, perjalanan ke Giza ambil masa dalam 10 minit. First time travel ni memang jadi cam excited sikit. haha.. Aku rasa macam segan sikit sebab antara anak-anak share holder yang lain, aku dan abang aku  ni dipandang macam budak kampung. Lantak diorang la nak kata apa, aku memang budak kampung baru nak up. haha.. Boleh pulak buat segmen Bersamamu kat sini. haha.. Jom zaas tempat-tempat menarik yang aku dah pergi.

The Great Pyramid of Giza

The Great Pyramid of Giza juga dikenali sebagai Pyramid Khufu dan Pyramid Cheops (dalam bahasa Yunani). Ia adalah piramid yang tertua dan terbesar daripada tiga piramid di Giza Necropolis yang bersempadan dengan El Giza, Mesir. Ia adalah yang tertua daripada Seven Wonders of the Ancient World, dan satu-satunya yang kekal dan sebahagian besarnya tidak terjejas. Egyptologists percaya bahawa piramid telah dibina sebagai makam untuk Mesir Firaun Khufu pad dinasti keempat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sekitar 2560 SM. 

Bermula dengan 146.5 meter (481 kaki), The Great Pyramid adalah piramid buatan manusia yang tertinggi di dunia ini selama lebih 3800 tahun. Asalnya, The Great Pyramid ini telah dilindungi oleh sarung batu-batu yang membentuk di permukaan luar, apa yang dilihat hari ini adalah struktur teras asas. Beberapa batu-batu selongsong yang pernah meliputi struktur masih boleh dilihat di sekitarnya. Terdapat pelbagai teori saintifik dan alternatif tentang teknik pembinaan Piramid Besar. Cara pembinaannya memang unik iaitu dengan menggerakkan batu besar dari kuari dan mengheret dan mengangkat batu-batu tersebut ke tempatnya.

Group kami di The Great Pyramid of Giza, Egypt.

Jika diperhatikan kawasan ini, jelas kelihatan terdapat satu pelantar atau dataran seluas 2000 meter persegi  dalam keadaan tribunal. Bayang-bayang 3 buah piramid ini tak akan mengahalang satu sama lain. Piramid yang terbesar ialah Cheops, kemudian Chephren dan Micerines. Terdapat juga tiga piramid kecil bersebelahan ketiga-tiga piramid tadi seakan patung berhala bagi piramid-piramid utama tersebut.

The Great Pyramid of Giza, Egypt. - dicilok dari encik Google.

Menurut Herodotus, Cheops dan seluruh pemerintah Mesir telah menjadikan hamba abdi sebagai tenaga buruh untuk mengangkut blok-blok batu dari kuari di bawah bukit ke sungai Nil di Aswan. Batu-batu tersebut diangkut menggunakan sampan untuk menyeberangi sungai Nil. Seramai 100 000 tenaga lelaki dikerah melaksanakan tugas ini termasuk kerja-kerja pemecahan batu, pengangkutan, pengukiran, dan sebagainya. Selama 10 tahun telah diperuntukkan untuk projek ini diselesaikan.


Didepan Piramid Giza, Egypt.

Sebanyak 100 000 biji batu telah diangkut setahun atau 273 biji sehari yang jaraknya 1000 km dari Aswan ke Kaherah dengan menggunakan perahu. Menurut pendapat Herodotus dalam kerja penyusunan batu piramid ini, kren pengangkut dibuat di setiap tingkat untuk membawa bongkah batu ke tempatnya. Kren ini dperbuat daripada kayu balak. Menurutnya juga, sebanyak 41,884kg perak dibelanjakan untuk makanan pekerja dan buruh binaan.


3 Piramid Giza, Egypt.

Pembinaan memakan masa suku abad dan terpaksa diberhentikan sementara akibat banjir besar sungai Nil. Piramid ini terdiri daripada 2.3 juta batu dan setiap bongkahan batu seberat 2.5 - 5 tan. Berat piramid Cheops pula dianggarkan sekitar 2.3 juta tan hingga 11.5 juta tan. ketinggian asalnya pula adalah 146 meter namun akibat proses luluhawa dan gempa bumi ia terhakis sehingga 137 meter. 

Ketinggian ini menyamai piramid Chephren (sederhana) yang tidak terhakis teruk di mana bahagian atasnya masih utuh. Piramid Mecerines pula merupakan piramid yang paling kecil dengan memiliki ketinggian 68 meter dan terletak jauh dari kedua- dua piramid utama ini. Memang aku teruja dapat tengok Piramid dari dekat. Selalu dapat tengok dari tv je. Lepas ni kami akan ke Sphinx yang terletak tak jauh dari The Great Pyramid.

Great Sphinx of Giza

Sphinx atau juga dikenali sebagai Abu Houl merupakan simbol Chepron yang mengawal piramid. Bentuk badannya menyerupai seekor singa yang berkepala manusia. Menurut masyarakat setempat ia melambangkan kekuasaan manusia dan kegagahan singa. Ketinggian Sphinx adalah 23m dan panjang 73m. Pada asalnya, tubuh Abu Houl ini terbenam di dalam pasir hingga ke paras leher dan kelihatan cuma 5 meter.

The Great Sphinx of Giza, Egypt.

Di Great Sphinx of Giza, Egypt.

Kami di Great Sphinx of Giza, Egypt.

Menurut catatan sejarah, kawasan ini telah digunakan sebagai pusat latihan tentera dan percubaan senjata di zaman Mamalik yang menyebabkan kerosakan di bahagian mukanya. Ada juga yang mendakwa ia kesan tetakan pedang Iskandar Zulkrnain. Di kawasan masuk ke Sphinx ini, terdapat tiang-tiang marmar yang utuh dan kukuh berwarna merah seakan-akan dewan persidangan.

Saqqara

Saqqara merupakan tanah perkuburan purba di Mesir. Saqqara juga tergolong dalam jenis-jenis Piramid, namun ia termasuk dalam kalangan Step pyramid of Djoser yang terkenal. Kadang-kadang Saqqara dikenali sebagai Step Tomb disebabkan tapak segiempat tepat, serta beberapa 'mastabas' (dalam bahasa Arab) atau bangku. 

Di Saqqara, sebuah kompleks bangunan batu tertua yang kompleks sejarah telah dibina iaitu Djoser Step Pyramid, dibina pada dinasti ketiga. Terdapat 16 orang raja-raja Mesir membina piramid di Saqqara. Ia kekal sebagai kompleks penting untuk pengebumian bukan diraja dan upacara kebudayaan selama lebih daripada 3,000 tahun, sama macam zaman Ptolemaic dan Rom.

Di Saqqara, Giza, Egypt.

Saqqara, Giza, Egypt. - ihsan dari Google.

Bertentangan dengan kepercayaan orang-orang mesir pada waktu itu, nama Saqqara tidak berasal dari pengebumian Mesir purba tuhan Sokar, tetapi dari Bani Saqqar, suku Barbar tempatan. Nama mereka bermaksud "Anak-anak Saqqar." Kawasan utara yang dikenali sebagai Saqqara terletaknya Abusir, Selatan Dahshur. Kawasan dari Giza hingga ke Dahshur telah digunakan sebagai perkuburan oleh penduduk Memphis pada waktu itu, dan ia telah ditetapkan sebagai World Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 1979.

Pengembaraan untuk hari pertama kami di bumi Mesir berakhir di Saqqara. Esok kami akan merentasi sungai yang terpanjang di dunia iaitu Sungai Nil.

So, thanks for reading this. Until next time, InsyaAllah. 

No comments:

Post a Comment