Assalamualaikum
Sejak mula bekerja, aku dah lama tak buka blog ni. Kebetulan dihantar ke Kerteh untuk Safety Management System di Paka, ada la masa untuk rileks-rileks sikit. So kali ni kita sambung tentang Jordan. Tempat seterusnya adalah 'Laut Mati' atau 'Bahr Mayyit' kalau dalam bahasa arab. Laut mati ni ada kisah tersendiri, kisah yang membuktikan kekuasaan Allah SWT. Most probably ramai yang tahu tentang kisah laut mati.
Laut mati femes dengan daya apungan yang tinggi. Letaklah apa pun confirm akan terapung, aku pernah dengar cerita tentang Yahudi pernah cuba untuk pacak tiang besi yang beratnya beribu-ribu tan kedalam laut mati tapi besi tu kembali terapung. Tapi tidak aneh kalau difikirkan penciptanya adalah Yang Maha Esa, yang juga mencipta otak kita yang sedang berfikir ke arah itu. Kononnya diberitakan kadar garam di Laut Mati ini mencapai 31.5%. Iaitu 9 kali ganda dari kadar garam laut normal yang sekitar 3.5% saja.
Teringat pulak masa aku bawa Fahmi & Muadz pergi Laut Mati, ada satu kumpulan arab kat situ. Kitorang nampak diorang pegang satu beg plastik, jadi kitorang letak barang-barang dekat dengan diorang. Tengah dok syok perhati budak-budak arab tu, rupa-rupanya diorang lepas ikan kat dalam Laut Mati tu. Agaknya diorang try nak buat experiment kot. Memang mati la ikan tu kan, confirm blh bakar lepas tu.
Bersama Fahmi di Laut Mati, Jordan.
"Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki diantara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas."
(Asy-Syu'araa : 165-166)
Bersambung dengan kisah Laut Mati, kisah ini terjadi pada kaum Nabi Luth AS yang dihancurkan kerana mereka melakukan perbuatan yang sangat dimurkai oleh Allah SWT iaitu hubungan sejenis atau homoseksual. Walaupun mereka diutuskan Nabi Luth AS, namun mereka tidak mahu menuruti seruan baginda, hingga Allah SWT menimpakan azab terhadap mereka.
Kisah ini terdapat dalam surah Al-Anbiya : 74-75, Hud : 82-83, dan Al-Qamar : 33-38. Setelah banyak kajian dan penelitian dilakukan, peristiwa kaum Nabi Luth AS diazab di Kota Sodom, di daerah yang sekarang dikenali dengan nama Laut Mati atau danau Luth yang terletak di antara Palestin, Jordan dan Israel.
Kalau sape-sape yang rajin buka tafsir, boleh buka tafsir surah Hud ayat 82. Ia menjelaskan bagaimana kaum Nabi Luth AS ini dihancurkan dengan cara tunggang-terbalik. Kemudiannya dihujani dengan batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi.
Kisah ini bukan hanya menjadi kepercayaan orang Islam malah ia turut diiktiraf oleh National Geographic pada edisi Desember 1957. Werner Keller merupakan seorang ahli arkeologi Jerman yang mengakui kehebatan Allah SWT setelah dia merujuk pada keterangan Al-Quran.
Believe it or not, memang takkan tenggelam, Laut Mati, Jordan.
Kisah ini terdapat dalam surah Al-Anbiya : 74-75, Hud : 82-83, dan Al-Qamar : 33-38. Setelah banyak kajian dan penelitian dilakukan, peristiwa kaum Nabi Luth AS diazab di Kota Sodom, di daerah yang sekarang dikenali dengan nama Laut Mati atau danau Luth yang terletak di antara Palestin, Jordan dan Israel.
Kalau sape-sape yang rajin buka tafsir, boleh buka tafsir surah Hud ayat 82. Ia menjelaskan bagaimana kaum Nabi Luth AS ini dihancurkan dengan cara tunggang-terbalik. Kemudiannya dihujani dengan batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi.
Sekitar Laut Mati, Jordan.
Kisah ini bukan hanya menjadi kepercayaan orang Islam malah ia turut diiktiraf oleh National Geographic pada edisi Desember 1957. Werner Keller merupakan seorang ahli arkeologi Jerman yang mengakui kehebatan Allah SWT setelah dia merujuk pada keterangan Al-Quran.
"Berdasarkan dari retakan yang sangat lebar ini, Lembah Siddim, termasuk Sodom dan Gomorah, dalam satu hari ia tenggelam. Kehancuran mereka terjadi melalui sebuah peristiwa gempa bumi dahsyat yang mungkin disertai dengan letusan, petir serta lautan api." - Werner Keller.
Werner percaya bahawa kaum Nabi Luth AS dihancurkan melalui sebuah gempa bumi yang sangat hebat. Peristiwa ini digambarkan dengan keterangan Al-Quran di dalam surah Asy-Syu'aara ayat 173.
"Kami menghujani mereka dengan batu belerang keras sebagaimana tanah liat yang terbakar secara bertubi-tubi." (Asy-Syu'aara : 173)
Kawasan luar Ashabul Kahfi, Jordan.
Ashabul Kahfi : The Cave Of The Seven Sleepers
Korang mesti pernah dengar cerita tentang 'Ashabul Kahfi' kan? Maksud Ashabul Kahfi ialah 'Ahli-Ahli Gua'. Terletak tak jauh dari bandar Amman, lebih kurang 7 km je. Kalau nak kesana boleh naik teksi atau bas, tapi selalunya orang akan sewa kereta je senang sebab kat Jordan tempat-tempat lawatannya tak jauh mana.
Cave of The Seven Sleepers, Ashabul Kahfi, Jordan.
"Adakah engkau menyagka (wahai Muhammad), bahawa kisah 'ashabul kahfi' dan 'ar-raqim' (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai tuhan kami berikanlah rahmat kpd kami bagi dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami."
(Al-Kahfi : 9)
Ashabul kahfi merupakan satu kisah benar yang disebut di dalam Al-Quran mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan mereka terjaga pada 309 tahun kemudian. Pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa AS, mereka hidup di dalam masyarakat yang menyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota dan mereka dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh.
Entrance Ashabul Kahfi, Jordan.
Kawasan luar Ashabul Kahfi, Jordan.
Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di sebuah gua yang kemudiannya mereka jadikan sebagai tempat persembunyian. Bagi sape-sape yang dah tahu pasal kisah ni, gua Ashabul Kahfi ni ada di 3 tempat:
1. Efesus, Anatolia, Turki. Gua ni menjadi kepercayaan orang Yahudi dan Kristi
2. Damsyik, Syria.
3. Amman, Jordan. Gua ni lebih menepati ciri-ciri yang diberikan dalam Al-Quran.
Bahagian dalam Ashabul Kahfi, Jordan.
Tempat tidur Ashabul Kahfi, Jordan.
"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk." (Al-Kahfi : 13)
Ashabul Kahfi, Jordan.
Sambung balik kisah tadi, Allah SWT mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah. Penduduk kota tu pula jadi pelik tengok keadaan wakil tu dan mereka syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang dah tak laku. Mereka kata yang lelaki ni jumpa harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama.
"Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka." Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: "Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka."
(Al-Kahfi : 21)
Selepas mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama lelaki tersebut, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda tu dan mendengar kisah mereka. Kemudian Allah SWT mematikan pemuda-pemuda itu sesudah mengucapkan selamat tinggal kepad raja yang beriman tu. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid dibina di sisi gua tu.
Mungkin setakat ni je dulu untuk kali ni, tempat kat Jordan still banyak lagi. InsyaAllah lepas ni aku akan cerita tentang Aqabah, Ummu Qays, Jerash, dan Wadi Rum.
Until next time, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment