Friday, 1 February 2013

Thebes : City Of Sceptre

Assalamualaikum

3 hari duk atas cruise dah jadi macam bosan, perasaan excited pun dah lebur. Tapi satu benda yang dapat aku nikmati adalah Sungai Nil yang cantik. Aku dapat lihat tanah subur disepanjang Sungai Nil.

Pemandangan sepanjang Sungai Nil.

Pemandangan sepanjang Sungai Nil.

Kalau sebut pasal Sungai Nil, aku rasa semua orang akan terbayang cerita tentang Nabi Musa a.s yang dihanyutkan dalam sebuah bakul ke Sungai Nil. Ibu baginda menerima perintah tersebut daripada Allah swt dan melaksanakan perintah tersebut tanpa ragu-ragu.

"Letakkan ia (Musa) di dalam peti, kemudian hanyutkanlah ia ke sungai (Nil), maka pasti sungai itu akan membawanya ke tepi, supaya diambil oleh musuhKu (Firaun) dan musuhnya. Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari-Ku dan supaya kamu diasuh dibawah pengawasan-Ku." 
(Surah Thaaha 20 :39)

Hari Ke-4
Esna 

Cruise berlabuh di destinasi seterusnya iaitu Esna. Esna ni merupakan salah satu City of Ancient Egypt atau Thebes oleh kerana Esna terletak tak jauh dari bandar Thebes, Egypt. Thebes juga dipanggil 'City Of Sceptre' atau 'City Of Power'. Esna pernah dikenali sebagai 'Lunyn' atau 'Ta-Senet', Maabad Esna ni dibina pada zaman Ptolemy dan Rom, merupakan temple yang terakhir dibina di Mesir untuk tuhan mereka iaitu Khnum serta beberapa dewa lain, termasuk Heith, Heka, Satet dan Menheyet.

Bahagian dalam Maabad Esna, Esna, Egypt.

Sepanjang jalan ke entrance Maabad Esna, Esna, Egypt.

Maabad Esna pernah dibina dengan menggunakan pelan yang sama dengan temple yang lain di Edfu dan Dendera tapi sekarang tinggal hanya dewan Hypostyle yang telah dibina oleh Maharaja Rom Claudius. Bahagian yang tertua yang dapat dilihat sekarang adalah bahagian dinding belakang yang sepatutnya  façade temple yang asal, ia menggambarkan peralihan Ptolemy VI Philometer kepada Ptolemy VII Neos Philopator. Raja yang terawal disini ialah Ptolemy V. Bangunan yang masih kukuh sekarang lebih kurang satu perempat daripada saiz bangunan asal.

Jalan menuju ke Maabad Esna, Esna, Egypt.

Ayah aku dalam Maabad Esna, Esna, Egypt.

Habu Temple

Habu adalah nama yang biasa diberikan kepada makam bilik mayat Ramesses III yang dibina pada Kerajaan Baru. Habu Temple terletak di Tebing Barat Luxor, Egypt. Selain dari intrinsic size dan seni bina, temple ini adalah diantara yang terbaik dan dikenali sebagai sumber semangat dimana dalam ukiran tersebut menggambarkan kemunculan dan kekalahan  'Sea Peoples' semasa pemerintahan Ramesses III.

Entrance Habu Temple, Luxor, Egypt.

Bahagian dalam Habu Temple, Luxor, Egypt.

Exit Habu Temple, Luxor, Egypt.

Edfu

Edfu Temple merupakan Ancient Egypt yang teletak di tebing barat Sungai Nil di bandar Edfu. Ia telah dikenali pada zaman Greco-Rom sebagai Apollonopolis Magna, selepas Horus-Apollo. Edfu Temple adalah salah satu temple yang dijaga dengan baik di Egypt. Temple ni dibina untuk menghormati Falcon God Horus, dibina pada zaman Ptolemy dalam tempoh antara 237 dan 57 BCE. Inscriptions kat dinding menerangkan maklumat penting mengenai bahasa, mitos dan agama sepanjang tempoh Greco-Rom pada zaman Ancient Egypt. Kalau tengok dengan betul-betul, ukiran kat dinding ada ceritakan tentang pembinaan temple ni, selain dari tu ukiran tu jugak menerangkan bahawa semua temple adalah 'Pulau Penciptaan'. Kat ukiran tu juga ada mengisahkan adegan penting iaitu 'incription of the Sacred Drama' yang berkaitan konflik umur antara Horus dan Seth. Ni antara nama-nama tuhan diorang.

Edfu Temple, Edfu, Egypt.

Edfu Temple, Edfu, Egypt.

Edfu Temple, Edfu, Egypt.

Edfu Temple mengakhiri travel aku untuk hari ke-4. Balik ke cruise untuk rehat, mlm tu ada Arabian Night kat club lounge cruise, jadi petang tu aku tidur dulu selama yang mungkin.

Arabian Night di dalam cruise.

Hari Ke-5
Aswan

Kami sampai di Aswan awal pagi, kalau korang tengok kawasan perlabuhan masa tu memang meriah. Lampu macam-macam warna ada, hari tu hari terakhir kami kat cruise, petang ni kami akan balik ke Cairo dengan flight, jimat masa sikit.

Berkereta kuda di Aswan, Egypt.

Kat Aswan ni, kami pergi ke Egyptian Village pastu terus ke salah satu bazaar kat sini. Sekarang masa untuk kaum ibu bershopping pulak.

Egyptian Village

Egyptian Village terletak di Aswan merupakan kawasan yang memaparkan perkampungan orang-orang Mesir pada zaman dahulu. Dari cara buat roti sampai cara membuat kertas yang dibuat daripada pokok papyrus. Di Egyptian Village, korang akan menaiki satu sampan yang akan melalui beberapa scenery yang menarik. Ada yang melakonkan semula ketika Nabi Musa as di letakkan di Sungai Nil.

Sila abaikan patung itu, tujuan asal adalah pokok papyrus dibelakang.

Proses membuat berhala, Egyptian Village, Aswan, Egypt.

Lakonan semula, Egyptian Village, Aswan, Egypt.

Egyptian Village, Aswan, Egypt.

Hari Ke-6
The Egyptian Museum

Sampai balik di Cairo dah lewat malam, dah ada bas yang tunggu kami di airport. Sampai je kat hotel terus ambil kunci nak tidur. So hari ke-6 ni kami akan sambung pusing Cairo buat kali terakhir, esok akan bertolak balik ke Malaysia.  Tempat seterusnya yang kami pergi adalah The Egyptian Museum, takde apa pun nak cite pasal muzium ni. Macam muzium-muzium yang lain, cuma yang ni ada mummy je la. haha..

Adik aku kat The Egyptian Museum, Cairo, Egypt.

Pyramids Sound & Light

Show terakhir yang kami tengok kat Egypt adalah Pyramids Sound & Light. Pyramids Sound & Light menceritakan tentang sejarah-sejarah piramid dan sphinx dengan menggunakan bangunan asal. Cuma ada efek lampu warna-warni dekat piramid-piramid tu. Bagi sape-sape yang pernah pergi tengok Song Of The Sea kat Sentosa, Singapore, show ni lebih kurang sama macam tu.

Pyramids Sound & Light Show, Cairo, Egypt.

Pyramids Sound & Light Show, Cairo, Egypt.

Setakat ni je la kot aku cerita tentang travelogue aku di Egypt. Setiap kali travel mesti rasa seronok, kat Egypt ade keseronokan tersendiri. Kalau kat Jordan lain pulak.

Anyway, thanks for reading this. Until next time, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment