Saturday, 11 May 2013

AS355F2 Ecureuil - Twin Squirrel

Assalamualaikum

Dah lama rasanya blog aku tak update pasal Aviation. Kali ni aku akan cerita pasal helikopter yang akan aku terbang untuk MHS Aviation. Aku fly squirrel ni untuk build up hours je, at the same time boleh buat General Aviation sekali. Sementara masih ada peluang untuk buat GA, lepas start operational dah melepas nak buat GA. Hari-hari routine yang sama, pagi pergi platform minyak then tengah hari dah boleh balik rumah untuk lunch. So peluang yang ada sekarang aku gunakan dengan sebaik mungkin.

Bagi peminat-peminat helikopter yang tegar, kalau sebut Squirrel je diorang dah tau which type of aircraft, berapa engine ada, besar mana saiznye. AS 355 F2 Ecuireuil merupakan sebuah helikopter yang dihasilkan oleh Aerospatiale yang menjadi sebahagian daripada salah satu syarikat pengeluar helikopter terbesar di dunia iaitu Eurocopter. Dimana Squirrel ni dikategorikan dalam kategori Light Aircraft dengan Basic Empty Weight nya adalah 1,305 kg. Memiliki 4 tempat duduk di bahagian belakang dan 2 di bahagian depan untuk pilot. Untuk baggage compartment pulak, di bahagian kiri boleh diisi sehingga 120 kg max, kanan 100 kg max dan bahagian belakang 80 kg maximum. Masih lagi memakai skid untuk landing, sama macam R44.

9M-SSW , MHS Aviation Berhad.

AS 355 F2 dipanggil Squirrel sebab ia mempunyai 2 Allison C20F turboshaft engine yang terletak di bahagian belakang main gear box. Selain dari tu, bagi tail rotor control pula ia dilengkapi dengan hydraulic accumulator untuk tail rotor control yang lebih baik. System untuk aircraft ni jauh berbeza dengan helikopter Robinson 44 yang aku pernah cerita dulu. R44 adalah buatan US dan Squirrel pulak dari Europe. Jadi dia punya rotation of the main rotor pun dah lain. Usually AS 355 F2 Squirrel mempunyai AP system atau Auto Pilot system yang merangkumi 3 galvanometer iaitu Pitch, Roll and Yaw. Ia juga dilengkapi dengan Instrument yang lebih banyak berbanding R44. Sebenarnya aku tak start lagi fly aircraft ni, baru je passed Type Technical Exam. In Syaa Allah, tak lama lagi aku akan mula terbang untuk MHS Aviation sama ada di Subang ataupun di Ipoh. But anyway, from piston engine to turbine engine should not be a problem rite? haha..cuba untuk sedapkan hati.

Cockpit yang berbeza dari R44.

Itu saja untuk type aircraft kali ini. Tak banyak cerita tentang aircraft ni, just a lil bit of information on what type of aircraft i'm flying now.

Thanks for reading this. Until next time, In Syaa Allah.

2 comments:

  1. MHS AVIATION KAT MANA TU. KAT KERTEH TERENGGANU ATAU PENANG DAN KEDAH.

    ReplyDelete
  2. Sekarang base di Subang, In Syaa Allah lepas ni mungkin ke Kerteh.

    ReplyDelete