Saturday, 12 January 2013

Egypt : Bumi Anbiya'

Assalamualaikum

Kembara kali ni agak special sebab aku pergi dengan family. Sebenarnya trip ni trip free yang di rancang oleh CEO MHS untuk encik-encik bos. Waktu tu, ayah aku adalah salah seorang base manager company MHS ni. Tu dulu la, sekarang dah jd pilot biasa. Aku pergi Mesir waktu aku form 4, tahun 2005 rasanya. Oleh disebabkan dibayar oleh CEO, jadi pakej pelancongan kali ni memang mewah. Naik cruise di Sungai Nil, duk hotel 5 Star, macam-macam lagi.  Memang aku excited, lagipun ni first time aku melancong ke luar negara.

Mesir adalah sebuah negara yang terletak di bahagian Timur Laut benua Afrika. Negara ini juga turut dikategorikan sebagai salah sebuah negara-negara Timur Tengah kerana kedudukannya yang amat hampir dengan negara-negara Arab & penduduknya juga menggunakan bahasa Arab. Mesir menduduki tempat ke-2 dalam jumlah bilangan penduduk teramai di benua Afrika, selepas Nigeria. Kebanyakan daripada penduduknya tinggal di kawasan lembah Sungai Nil yang merentasi negara ini dari selatan hingga ke utara. Sungai Nil menjadi nadi utama bagi negara Mesir. Sungai ini adalah sungai terpanjang di dunia. Kawasan lembahnya teramatlah subur & segala jenis tumbuhan dapat hidup dengan subur di lembah tersebut. Selain kawasan lembah Sungai Nil, kawasan-kawasan lain di negara ini hanya dilitupi oleh gurun Sahara yang kering-kontang.

Peta Egypt.

Seperti yang kita semua tahu, di bumi Mesir telah wujud sebuah empayar yang merupakan empayar manusia yang tertua di dunia. Diasaskan pada 5000 tahun dahulu, empayar Mesir telah wujud terlebih dahulu daripada kewujudan Empayar Parsi, Greek & Rom. Korang mesti kenal dengan gelaran Firaun kan, Firaun ni adalah gelaran bagi Raja di Mesir pada waktu itu. Empayar Mesir merupakan tamadun manusia yang terhebat yang wujud pada waktu tersebut. Kebudayaan Mesir dari sudut agama, kesenian, bahasa & adat resam telah berkembang pesat pada waktu itu.

Kalau nak cerita tentang sejarah Mesir ni memang panjang, jadi aku cerita tentang yang femes-femes je la ye. Antara Firaun-firaun yang femes pada zaman Empayar Mesir ialah, Ramesses II yang dikatakan sebagai Firaun yang paling hebat & yang paling berkuasa dalam sejarah Empayar Mesir. Ramesses II juga dipercayai sebagai Firaun yang telah bermusuhan dengan Nabi Musa a.s & akhirnya mati tenggelam di Laut Merah. Kebanyakan Firaun yang memerintah Mesir, terutamanya Ramesses II telah mengarahkan semua penduduk Mesir menyembah mereka sebagai tuhan. Disebabkan itulah Firaun-firaun tersebut dilaknat oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran. Berikut adalah antara petikan ayat-ayat Al-Quran yang mengisahkan tentang Nabi Musa a.s & Firaun laknatullah:

'Firaun berkata (dengan sombongnya). "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?" Nabi Musa menjawab, "Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya." Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya, "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?" Nabi Musa menegaskan lagi. "Dialah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu." Firaun berkata (kepada orang-orangnya), "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?" Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaan-Nya dengan) berkata, "Dialah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahami-Nya!" Firaun berkata, "Demi sesungguhnya! jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan." 
(Surah Asy-Syu'ara' : Ayat 23-29)

Bagaimana Islam mula berkembang di Mesir? 
Pada tahun 639, Mesir ditakluk oleh kerajaan Islam di bawah pentadbiran Khalifah Umar Al-Khattab. Tentera Islam yang berjaya menawan Mesir pada tahun tersebut diketuai oleh Amr ibn al-A'as, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi pemerintah Mesir pertama yang berbangsa Arab. 

Pada tahun 1171, Mesir dikuasai oleh kerajaan Ayyubiah yang diasaskan oleh Salahuddin Al-Ayyubi. Seperti mana aku cerita sebelum ni aku ada sebut tentang Salahuddin Al-Ayubi menawan semula Jerusalem daripada orang-orang Kristian dalam Perang Hattin yang berlaku pada tahun 1187. Namun pada tahun 1217, Mesir berjaya ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyah. Kalau nak cerita tentang sejarah Turkey memang panjang, tu belum start cerita tentang perang antara Mesir-Israel kat Sinai lagi. Jadi aku akan mula bercerita tentang travelogue Mesir.

Kami memulakan perjalanan kami dari KLIA ke Cairo dengan menaiki pesawat MAS boeing 777. Selepas 7 jam atas flight, kami sampai di Cairo awal pagi, dalam pukul 3.00 a.m kalau tak silap aku. Sampai-sampai je di Cairo, dah ada tour guide yang tunggu kami dan terus bawa kami ke hotel.

 Mövenpick Resort Cairo Pyramids, Giza. - ihsan dari encik Google.

Mövenpick Resort terletak di tengah bandar Giza dan tak jauh dari Piramid-piramid yang femes tu. Pemandangan dari hotel ni memang cantik, boleh nampak jelas 3 buah piramid dan sphinx. Hotel ni berkonsepkan village bungalow, macam chalet pun ada gak.  Sampai pun dah awal pagi kan, check-in je bilik aku terus sambung tidur. Esok aku akan start teroka bumi Giza, Egypt. Jadi takat ni je lah intro untuk Egypt kali ni. Sebelum aku akhiri travelogue untuk kali ni, kat bawah ni ada koleksi tiket-tiket yang aku simpan time kat Mesir dulu.

Tiket-tiket di Mesir.


Tiket-Tiket di Mesir.

Thanks for reading this. Until next time, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment