Monday, 7 January 2013

Piper 28 : Pahlawan ke-3

Assalamualaikum

Kalau haritu aku bercerita tentang heli Robinson 44, kali ni aku akan cerita serba sikit tentang aircraft fixed wing yang aku bawak sebelum convert ke heli.  Piper 28 warrior III atau PA-28 merupakan anak beranak kepada light aircraft dan design untuk training budak-budak pilot, leisure, ataupun personal use. Dibina oleh Piper Aircraft Company. Syarikat ini produce aircraft pertama pada tahun 1961 dimana nombor series aircraft pada itu berdasarkan engine horse power. Company ini diisytihar bankrup pada 1991, namun ia dibina semula pada 1995 dan masih dinamakan Piper Aircraft.

Piper PA-28 Warrior III

PA 28 dan sekutunya adalah all-metal type of aircraft, unpressurized, single engine, piston powered airplanes with low-mounted wings and tricycle landing gear. Semua aircraft ni mempunyai satu pintu sahaja di sebelah co-pilot, kalau nak masuk ke dalam kena pijak kat bahagian sayap dulu. Macam best kan.

On final to land. 

Kalau tentang engine pulak, kebiasaannya Piper akan menggunakan engine piston Lycoming. Piper telah mencipta variasi dalam keluarga Cherokee dengan memasang enjin antara 140-300 hp (105-220 kW), providing turbocharge. Selain dari itu, piper juga menyediakan fixed or retractable landing gear, fixed-pitch or constant pitch propeller, dan aircraft ni boleh muatkan 5 orang. Aircraft ni sesuai untuk training kerana Piper memang stable. Korang boleh fly tanpa pegang control, tu untuk cruise la, kalau nak take off atau land memang kena pegang control. Kalau masa nak land pun korang takkan ambil masa yang lama, disebabkan aircraft ni stable, jadi ia akan sink dengan sendiri bila kita cut power.

Cockpit PA-28. Sebelah kiri adalah untuk Captain atau PIC (Pilot In Command).

Awe & Azlan, twiggies at 5000ft.

Apis & Aleem, since darjah 1 until flying, sweet tak sweet.

Final for Instriment Flying landing.

Video ni diambil oleh kawan aku masa first flight. Hope you guys enjoy it..

Climb 3000ft, Right turn, Clear for Take-Off.

Wind 080/09 kt, Runway 10, Clear to Land.


Thanks for reading this. Until next time, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment