Monday, 24 December 2012

Istanbul : Kota Diantara 2 Benua

Assalamualaikum

Hari ke-4 di bumi Turkey. Macam biasa, sampai je kat Istanbul capai pamphlet untuk survey hotel yang murah. Dah dapat target terus gerak hostel. Double bed room dengan harga 20 euro satu malam. Kalau dibandingkan dengan hostel dekat Bursa, memang tewas dengan cemerlang. 

Big Apple Hostel.

Hostel ni berada ditengah-tengah bandar, ambil masa dalam 5 minit ke tramway (Sultan Ahmed Station) dan main train station. Selain dari tu,  kalau nak pegi Blue Mosque, Hagia Sofia, Underground Cistern, Topkapi Palace, Muzium Arkeologi, Hippodrome, dan Grand Bazaar boleh pergi jalan kaki je. Hari pertama di Istanbul, aku tak pergi mana pun, just duduk kat hotel. Rasa letih pulak nak pusing area dekat sini. Cafe kat hostel ni pulak open air, siap ada argila/hookah/shisha lagitu. So petang tu lepak kat cafe je la.

2 Apple çay and 1 hookah.

Sedikit info tentang Istanbul, Turkey. Istanbul adalah bandar terbesar & terpenting di Turkey. Ia adalah ibu kota empayar Turki Uthmaniyah pada zaman dulu. Pada tahun 1923, ibu kota Republik Turkey berpindah ke Ankara, Turkey. Istanbul dikelilingi oleh 3 buah laut, iaitu Selat Bosphorus, Laut Marmara, dan Golden Horn. Istanbul adalah tempat dua benua bertemu iaitu Asia & Europe. Selat Bosphorus yang memisahkan dua benua tersebut.

Kota diantara 2 benua. Asia & Eropah.

Pada thn 1453 M, Sultan Muhammad Al-Fatih, Sultan Empayar Turki Uthmaniyah, telah berjaya menembusi kubu Constantinople. Akhirnya Emperor Constantine XI yg zalim memerintah Empayar Byzantine pd waktu itu terpaksa akur dgn kekalahannya. Sultan Muhammad Al-Fatih menukarkan Constantinople kepada 'Islambul' yg bermaksud 'Kota Islam'. 'Istanbul' sebenarnya adalah nama yang diberi oleh Mustafa Kamal Attaturk selepas kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah pada thn 1923. Kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana cara Sultan Muhammad Al-Fatih membuka kota Constantinople. Korang boleh download cerita ni. Serius menarik dan bijak cara Sultan Muhammad Al-Fatih.

Film tentang Sultan Muhammad Al-Fatih dan pembukaan kota Constantinople.

Rasulullah SAW bersabda : 'Sesungguhnya, Consatntinople itu akan dibuka oleh umatku. Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin & tenteranya adalah sebaik-baik tentera.'

Topkapi Palace

Hari ke-5 di Turkey merupakan hari ke-2 di Istanbul, kami teruskan tour kami dengan Topkapi Palace di area Sultanahmet. Pembinaan Topkapi Palace dibina oleh Sultan Muhammad Al-Fatih selepas bandar Istanbul ditawan drpd Emperor Constantine XI. Istana ini merupakan istana kediaman & pentadbiran Sultan-Sultan Empayar Turki Uthmaniyah pada tahun 1465 hingga 1853. Pada thn 1854, Dolmabahce Palace mula mengambil alih status Topkapi Palace sebagai Istana Diraja.

Sekarang sebahagian Topkapi Palace dijadikan museum seperti khazanah-khazanah empayar Turki Uthmaniyah & barangan peribadi Rasulullah SAW seperti pedang & jubah baginda. Corak geometri dan khat yang terdapat pada jubin-jubin di semua bangunan di istana ini amat mengagumkan.

Di pintu masuk Topkapi Palace, Istanbul.

Sultan Bersemayam di Topkapi Palace, Istanbul.

Abang guard kat Topkapi Palace, Istanbul.

 Naik ke tingkat atas Topkapi Palace, Istanbul.

Harem (Barang Peribadi Rasulullah) di Topkapi Palace, Istanbul.

Antara corak-corak yg terdapat pada jubin di Topkapi Palace, Istanbul.

Selat Bosphorus, selat yang memisahkan Istanbul, Turkey.

Makam Sultan Muhammad Al-Fatih di Topkapi Palace, Istanbul.

Selesai sudah Topkapi Palace. Next station, Blue Mosque.

Blue Mosque

Setelah hampir 4 jam pusing Topkapi Palace, kami terus menuju ke Blue Mosque untuk tunaikan solat. Blue Mosque atau Sultan Ahmed Camii adalah antara masjid yang terkenal & tercantik di Istanbul. Dibina atas arahan Sultan Ahmed I pada tahun 1609-1616. Ianya sengaja dibina bertentangan dgn Hagia Sofia untuk membuktikan bahawa orang Islam juga mempunyai architecture yang hebat setanding dengan architecture Kristian Byzantine. Blue Mosque adalah satu-satunya masjid di Turkey yang mempunyai 6 buah menara. Architecture kubah-kubahnya sangatlah mengagumkan.

Blue Mosque, Istanbul.

Kat taman ni banyak jual buah berangan & jagung bakar, Blue Mosque, Istanbul.

Hasil seni yang hebat di Blue Mosque, Istanbul.

Corak dalaman kubah di Blue Mosque, Istanbul.

Ruangan dalam Blue Mosque, Istanbul.

Architecture Islam juga setanding orang Kristian, Blue Mosque, Istanbul.

Rasanya cukup setakat ni utk post kali ni. Next station, Hagia Sofia. Next Station, Hagia Sofia.

Thanks for reading this. Until next time, InsyaAllah.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    saya Anne. saya dan suami akan ke uludag bulan mac nanti. saya ingin bertanya, macam mana kalau saya ingin ke uludag dari istanbul. pakej travel yang ditawarkan untuk ski di uludag sangatlah mahal. jadi , kami ingin ke uludag dengan pengangkutan awam..harap u bole share some info tentang perjalan ke uludag..tq.. u can email me at pu3anne@gmail.com

    ReplyDelete