Tuesday, 25 December 2012

Istanbul : Historical City

Assalamualaikum

Kami teruskan tour Istanbul dengan Hagia Sofia. Hari ke-2 di Istanbul, suhu makin sejuk. Rasa malas nak keluar pun ada tapi rugi la dah datang tapi tak keluar. Lepas breakfast kami terus gerak ke Hagia Sofia.

Hagia Sofia

Hagia Sofia atau Aya Sofia  dalam Turkish memberi maksud 'Church of The Holy Wisdom'. Dibina pada tahun 537M sewaktu era pemerintahan Justinian I, Emperor of Byzantine Empire pada waktu tu. Ia dibina di atas tapak bekas sebuah gereja yang telah musnah dalam satu kebakaran.

Selepas Sultan Muhammad Al-Fatih berjaya menawan Istanbul pada tahun 1453, Hagia Sofia telah ditukar menjadi masjid. Gereja ini diubahsuai supaya bangunan ini benar-benar mencerminkan sebagai sebuah masjid. Ayat-ayat suci Al-Qur'an menggantikan gambar-gambar Kristian dan 4 buah menara di bina di sekeliling bangunan ini. Pengubahsuaian tersebut diketuai oleh arkitek Sinan.

Hagia Sofia, Istanbul.

Pintu masuk Hagia Sofia, Istanbul.

Sultan Muhammad Al-Fatih pernah berkata "Barangsiapa yang menukar Masjid Hagia Sofia kembali kepada gereja, maka akan berolehlah baginya kutukan dan laknat dariku dan dari Tuhan Masjid Hagia Sofia itu." Mustafa Kamal Attaturk telah mendapat kutukan dan laknat tersebut apabila dia menukar Masjid Hagia Sofia menjadi muzium. Malah dia mengarahkan segala tampalan di atas gambar-gambar mosaic dikikis semula bagi membuktikan masjid ini sebenarnya gereja sebelum ni. Dan tak ada sesiapa dibenarkan menunaikan solat lagi di dalam masjid ini.

Gambar mosaic yang dikikis semula di Hagia Sofia, Istanbul.

Gambar ketuhanan bagi golongan Kristian, Hagia Sofia, Istanbul.

Sebahagian dari gambar yang rosak semasa proses mengikis tampalan, Hagia Sofia, Istanbul.

Di dalam Hagia Sofia, Istanbul.

Mihrab di dalam Hagia Sofia, Istanbul.

Hippodrome

Dah puas pusing Hagia Sofia, kami beralih ke Hippodrome yang tak jauh dari Hagia Sofia. Hippodrome merupakan trek lumba kuda pada era pemerintahan Constantine I. Ia adalah pusat sukan & social penduduk-penduduk Constantinople pada waktu tu. Hippodrome ini hanya bertahan untuk beberapa tahun sahaja. Ia kemudiannya dirobohkan oleh tentera-tentera Salib dan tak dibina semula.

Obelisk di Hippodrome, Istanbul.

Obelisk yg berusia 3,500 tahun yang diambil oleh Emperor Theodosius dari tanah jajahannya di Egypt pada tahun 390M. Takde apa sangat kat Hippodrome ni. Senang cerita kalau Rom ada Colleseum, kat Turkey ada Hippodrome. Kami terus ke destinasi seterusnya.

Grand Bazaar

Grand Bazaar merupakan pasar tertutup yang terbesar di Turkey. Mempunyai lebih 4,000 buah kedai dan 58 lorong. Kalau sape-sape yang datang sini tak ingat jalan masuk, konfem sesat. Kat sini, macam-macam diorang jual. Dari souvenir sampai lah ke pakaian dan karpet, senang cite semua ada. Bagi aku, kalau nak beli souvenir, baik beli kat tepi-tepi jalan sebab boleh dapat lagi murah dari sini. Kami datang sini just untuk ambil gambar je.

Grand Bazaar entrance, Istanbul, Turkey.

Dalam Grand Bazaar, Istanbul, Turkey.

Spice Bazaar

Sebelum terus ke tempat seterusnya, kami singgah solat di Yeni Mosque. Yeni bermaksud 'New' dalam English. Masjid ni siap dibina pada tahun 1663. Lepas solat dan berehat kat masjid, kami keluar terus menuju ke Spice Bazaar yang tak jauh dari masijd.

Spice Bazaar atau dikenali sebagai Egyptian Bazaar, merupakan bazaar kedua terbesar selepas Grand Bazaar. Spice Bazaar siap dibina pada tahun 1660 & pelbagai jenis rempah dari Asia Timur ada dijual di sini. Kalau mak aku datang sekali konfem aku jadi tukang bawak beg. haha

Di depan Yeni Mosque, Istanbul.

Spice Bazaar Entrance, Istanbul.

Dalam Spice Bazaar, Istanbul.

Selat Bosphorus

Sebelum naik ferry merentasi Selat Bosphorus, lunch kami pada hari ni ialah sandwich ikan bakar. Sandwich ikan bakar ni dijual sepanjang jetty Harem. Harga pun tak mahal mana, 1.50 TL. Dari atas ferry yang merentasi Selat Bosphorus, aku dapat saksikan keindahan Istanbul. Rata-rata setiap 5 km mesti ada sebuah masjid yang telah dibina pada zaman Turki Uthmaniyah. Pemandangan yang menarik sehinggakan Blue Mosque, Hagia Sofia, Topkapi Palace dan semuanya kelihatan jelas.

Sandwich ikan bakar di Jetty Harem, Selat Bosphorus, Istanbul.

  Dalam ferry merentasi Selat Bosphorus, Istanbul.

Istanbul Europe, Selat Bosphorus, Istanbul.

Taksim Square

Taksim Square adalah pusat membeli-belah & hiburan terpenting di Istanbul. Terdapat banyak kedai, night club, pub & hotel di area ni. Taksim Square dianggap sebagai 'heart of modern Istanbul'. Kat sini jugak terdapat satu monument yang diberi nama Cumhuriyet Aniti atau dalam English, Republic Monument yang dibina pada tahun 1928. Bagi memperingati pembentukan Republic Turkey, perarakan akan dilangsungkan di sepanjang Taksim Square.

Cumhuriyet Aniti, Taksim Square, Istanbul.

Di tengah kesesakan orang, Taksim Square, Istanbul.

Taksim Square, Istanbul.

Galata Bridge

Sewaktu era Byzantine, sebuah rantai besar diletakkan di penghujung Golden Horn yang bersambung dengan dengan Selat Bosphorus bagi menghalang kapal-kapal musuh mencerobohi Golden Horn. Bahagian utara Golden Horn diberi nama Galata, manakala selatan diberi nama Eminonu. Pada tahun 1836, Galata Bridge dibina bagi menghubungkan Eminonu dengan Galata. Terdapat sebuah menara dipanggil Galata Tower di bahagian Galata, menara ini bertujuan mengawal lalu lintas kapal yang masuk ke Golden Horn.

Ada banyak kedai kat bawah Galata Bridge, Istanbul. - menarik!

Galata Tower, Istanbul. - gambar dicilok dari encik Google.

Galata Bridge adalah tempat yang terakhir kami pergi. Memandangkan duit pun dah makin berkurang, kami bercadang nak balik ke Jordan esok. Jadi, travelogue Turkey aku berakhir disini. Walaupun dah seminggu kami di Turkey, banyak tempat kami tak pergi. Tapi kami tetap puas hati, senang cerita, Turkey memang best!

Thank you for reading this. Until next time, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment