Saturday, 26 January 2013

The Nile : The Longest River

Assalamualaikum

Hari Kedua
Untuk hari kedua, kami akan dibawa untuk merentasi sungai yang terpanjang di dunia iaitu Sungai Nil. Kami dibawa oleh tour guide ke kawasan perlabuhan cruise di Cairo selepas breakfast di hotel. Beg-beg yang besar aku tinggal kat bilik je, tour guide kata diorang tak kacau bilik kami. First time naik cruise, darah menyirap siap nak sembur-sembur keluar. hahaha.. Cruise kami mulakan perjalanan dari Cairo dan akan berakhir di Aswan.

Sungai Nil ialah sebatang sungai yang mengalir ke utara di Afrika. Sungai Nil adalah sungai yang terpanjang di dunia. Ia mempunyai dua cabang yang utama iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah sumber air bagi tanah yang subur di sepanjang sungai ini tetapi Sungai Nil Putih adalah sungai yang lebih panjang antara kedua-dua sungai ini.

Laluan cruise dari Cairo hingga ke Aswan.

Kami mulakan perjalanan merentasi Sungai Nil dari Cairo dan untuk first day cruise takde singgah ke mana-mana pun. Lama-lama duk atas cruise pun jadi bosan, habis satu cruise aku pusing, main ping-pong kat tingkat atas dah macam tak main. Asal pukul bola je melantun keluar ke sungai. haha. Jadi aku banyak habis masa kat dalam bilik tgk tv, tak pun lepak kat Coffee House kat bahagian atas cruise.

Hari Ke-3
Karnak Temple Complex

Tempat persinggahan pertama kami adalah di Karnak, kat Karnak ni ada Karnak Temple. Karnak temple adalah bangunan yang terdiri daripada gabungan besar temple-temple yang terdapt di Karnak. Bermula dari pemerintahan Sesostris I pada zaman kerajaan pertengahan dan zaman Ptolemy. Kawasan di sekitar Karnak adalah kawasan ancient Egypt yang dipanggil Ipet-Isut (The Most Selected Place) dan tempat utaa bagi aktiviti penyembahan pada dinasti ke-18 Theban Triad. Mereka mengatakan Amun sebagai ketua segala tuhan. Ia adalah sebahagian daripada bandar monument Thebes. Sebenarnya Karnak ni adalah nama bagi sebuah kampung yang terletak lebih kurang 2.5 km dari utara Luxor.

Kakak aku di Karnak Temple, Karnak, Egypt.

Monument di Karnak Temple, Karnak, Egypt.

Luxor 

Dari Karnak Temple kami ke Luxor yang terletak tak jauh dari sini. Luxor terletak di bahagian Selatan Mesir dan pada zaman dulu ia adalah ibu negara bagi kerajaan Luxor. Bilangan penduduk disini lebih kurang 487,896 dengan keluasan 416 km persegi. Luxor adalah salah satu Ancient Egyptian city of Thebes. Luxor  dikategorikan sebagai "Muzium Terbuka Terbesar di Dunia". Kat Luxor ni terdapat monumen-monumen, tempat penyembahan dan makam-makam Firaun yang terletak di West Bank Necropolis termasuk Valley of The Kings dan Valley of The Queens. Luxor adalah tempat tarikan utama pelancong selain Giza.

Di entrance Luxor Temple, Luxor, Egypt.

Dalam Luxor Temple, Luxor, Egypt.

Salah satu monumen di Luxor Temple, Luxor, Egypt.

Valley Of The Kings

Valley Of The Kings ni terletak di Luxor dan tak jauh dari Luxor Temple. Berada di sebuah lembah di Mesir, sebuah makam telah dibina untuk tempoh 500 tahun dari abad ke-11 hingga ke-16 SM. Ia dibina  untuk Firaun-Firaun dan juga bangsawan yang berkuasa pada zaman Kerajaan Baru iaitu pada Dinasti ke-18 hingga ke-20 Mesir Purba. Valley Of The Kings berada di tbing barat Sungai Ni, bertentangan dengan Thebes (modern Luxor) dan di tengah-tengah tanak perkuburan Theban. 'Wadi' terdiri daripada dua lembah iaitu East Valley (terletaknya makam-makan firaun) dan West Valley.

Depan entrance Valley Of The Kings, Luxor, Egypt.

Valley Of The Kings, Luxor, Egypt.

Valley Of The Kings adalah tempat terakhir bagi hari kedua di Luxor. Next destination adalah Esna dan Edfu, jadi kami terus balik ke cruise takut tertinggal plak nanti.

Dinner kat atas cruise, Egypt.

That's it for now, thanks for reading this. Until next time, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment