Friday, 4 January 2013

Bosra : City of World Heritage

Assalamualaikum

Hari Kedua
Hari ke-2 di bumi Syam, aku dibawa ke Bosra. Kebetulan Fahmi memang nak ke sana sebab nak jumpa kawan dia. Alang-alang dah nak pergi sana, dia ajak aku sekali. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta yang telah disewa oleh Fahmi.

Bosra adalah salah sebuah bandar beresejarah di Syria & telah tersenarai sebagai salah satu daripada 'UNESCO World Heritage Sites'. Kota ini pernah diduduki oleh orang-orang  Nabatean pada kurun ke-2 SM. Pada tahun 106 M, Bosra ditawan oleh Empayar Rom. Sejak itu, Bosra mula menjadi antara kota Rom yang terpenting & antara pusat perdagangan yang utama di bumi Syam. Malah, Rasulullah SAW sendiri menjejakkan kaki ke Bosra ketika mengikut bapa saudara Baginda, Abu talib. Kemudian, ketika umur baginda 25 tahun, baginda sekali lagi menjejakkan kaki di bumi Bosra untuk membantu perniagaan Khadijah binti Khuwailid yang kemudiannya menjadi isteri baginda.

"Orang-orang Rom telah dikalahkan; di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya; dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira; dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani." - (Surah Ar-Rum: Ayat 2-5)


Masjid Mabrak Annaqah

Sampai je di Bosra, Fahmy bawa aku ke rumah kawannya. Rupa-rupanya kenduri kahwin. Seronok jugak dapat tengok kenduri kahwin orang arab ni. Kemudian kami ke sebuah masjid yang terdapat bekas tapak kaki unta Rasulullah SAW sewaktu baginda & untanya itu datang berdagang disini. Aku pun kurang pasti kesahihannya.


Bekas tapak kaki unta Rasulullah SAW, Masjid Mabrak Annaqah, Bosra.

Bosra Citadel

Bosra merupakan kota besar yang dibina oleh Rom. Kemudian, kubu pertahanan telah didirikan di sekelilingnya ketika berada dibawah pentadbiran kerajaan Islam. Kalau sebut pasal Empayar Rom mesti sinonim dengan Roman Theatre atau Colleseum. Kat Bosra ada juga Roman Theatre yang boleh tahan saiznya. Dibina pada kurun ke-2 M sewaktu era kegemilangan Bosra sebagai salah sebuah kota Rom yang terpenting di bumi Syam.


Roman Theatre, Bosra Citadel, Bosra.

Dalam Bosra Citadel, Bosra.

Runtuhan Bosra Citadel, Bosra.

Makam Nabi Ayub

Sebelum kami ke Makam Nabi Ayub, kami singgah disebuah kedai di Bosra untuk lunch. Selesai makan, kami terus ke Makam Nabi Ayub a.s yang terletak di dalam sebuah masjid. Nabi Ayub a.s pada mulanya hidup dalam keadaan yang penuh kesenangan dengan kekayaannya & jumlah anaknya yang ramai. Namun, kemudian baginda diuji oleh Allah SWT dengan penyakit yang pelik, kegagalan perniagaannya, dan dengan kematian anak-anaknya selama beberapa tahun. Walau diuji dengan hebat oleh Allah SWT, baginda tetap bersabar dan tidak pernah mengeluh. Allah SWT akhirnya mengembalikan kesihatan dan juga kekayaannya, berkat kesabaran menerima ujian Allah dengan tenang dan tidak pernah berhenti mengingati Allah SWT.

Lunch di Bosra.

Makam Nabi Ayub a.s, Bosra.

Telaga Nabi Ayub a.s

Telaga Nabi Ayub terletak tidak jauh dari makam baginda.Di telaga inilah Nabi Ayub dikatakan menyapu kepalanya untuk menyembuhkan penyakitnya. Wallahu'alam. Malangnya, kawasan telaga tersebut agak terbiar & tidak terjaga. Mungkin tak ramai yang datang menziarahi telaga tersebut.

Telaga Nabi Ayub a.s, Bosra.

Di dalam kawasan Telaga Nabi Ayub, Bosra.

Makam Imam Nawawi

Makam Imam Nawawi terletak di sebuah bandar kecil yang bernama Nawa. Imam Nawawi adalah salah sorang perawi hadis yang terkenal. Dia juga adalah antara orang terpenting dalam Mazhab Syafi'e. Dilahirkan pada tahun 1234 di Nawa & meninggal dunia pada 1278 di tempat yang sama ketika usia 44 tahun. Sepanjang hidup beliau, dia telah banyak menulis buku berkenaan dengan ajaran Islam yang kebanyakannya menjadi sumber utama pelajar-pelajar pengajian Islam di seluruh dunia. Di kawasan makamnya terdapat sepohon pokok yang dikatakan satu-satunya spesis yang ada di dunia. 

Makam Imam Nawawi, Bosra.

Makam Imam Nawawi, Bosra.

Hampir sejam kami berada di Makam Imam Nawawi, kami bercadang pulang ke Damsyik memandangkan hari pun dah petang. Terasa penat kalau ikutkan hati, tapi biasa lah nak jimat duit punya pasal. Kami bergerak pulang ke Damsyik.

Hari Ketiga
Hari ketiga di bumi Syam merupakan hari terakhir aku disini, masih tak puas nak berjalan di bumi barakah ni.
Walaupun hari terakhir, aku still lagi berjalan-jalan di Syria. Pagi-pagi lagi aku dah keluar sorang-sorang, memandangkan Fahmi & Muaz ada kelas hari tu.

Masjid Sayyidah Ruqayyah binti Hussin

Tempat pertama aku pergi adalah Masjid Ruqayyah binti Hussin, cicit perempuan Rasulullah SAW. Di dalam masjid tersebut ditempatkan makam cicit Rasulullah SAW. Dibina oleh orang-orang Syi'ah sebagai tanda penghormatan & juga untuk berkongsi penderitaan Ruqayyah selepas ayahnya, Hussin terkorban dalam perang Karbala. Masjid ini dihias dengan begitu cantik & berkilauan sekali. Kalau korang tengok orang-orang Syi'ah ni memang over sikit. Kat dalam masjid tu, aku boleh tengok ramai yang menangis-nangis & meraung-raung.

Ruang dalam Masjid Ruqayyah, Damsyik.

Makam Sayyidatina Ruqayyah, Masjid Ruqayyah, Damsyik.

Masjid Abu Darda'

Destinasi seterusnya adalah Masjid Abu Darda', disini Makam Abu Darda' ditempatkan. Abu Darda' adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau pada mulanya adalah seorang ahli perniagaan dari puak Khazraj di Madinah yang menyembah berhala. Kemudian beliau memeluk islam selepas mendengar ceramah Rasulullah SAW. Selepas memeluk Islam, beliau telah dijadikan saudara kepada Salman Al-Farisi, seorang lelaki berbangsa Parsi yang berhijrah ke tanah Arab untuk mencari Rasulullah SAW & beliau akhirnya memeluk Islam. Beberapa lama selepas itu, Abu Darda' ditugaskan sebagai hakim & guru agama di Syria ketika era kepimpinan khalifah Usman bin Affan.

Dalam Masjid Abu Darda', Damsyik.

Makam Abu Darda', Damsyik.

Jabal Qasiyun

Lepas solat zohor, aku terus ke Jabal Qasiyun. Nak naik ke puncak Jabal Qasiyun ni kena naik trak, sebab kalau jalan kaki, konfem aku give up. Perjalanan menaiki trak menuju ke puncak bukit itu agak menggerikan kerana jalan yang kami lalui memang curam. Aku pulak berdiri belakang trak. Akhirnya, aku tiba di anak tangga ke Jabal Qasiyun. Nak sampai ke puncak pulak, pergh...memang lelah. 

Alhamdulillah, akhirnya sampai di puncak. Kat sini ada sebuah masjid yang didirikan bagi mengingati lokasi di mana berlakunya peristiwa pembunuhan pertama manusia di muka bumi, iaitu peristiwa pembunuhan Habil & Qabil. Di dalamnya terdapat sebuah gua kecil yang dikatakan tempat berlakunya peristiwa hitam itu. Pada bahagian bumbung gua tersebut terdapat seperti suatu bekas tapak tangan. Ianya dikatakan tapak tangan Malaikat Jibril yang cuba menghalang gua itu daripada meruntuhkan dirinya untuk membunuh si Qabil yang jahat itu. Tiada kesasihan dalam cerita ini. Wallahu'alam. Dalam masjid tu juga ada 40 mihrab yang mewakili 40 orang alim yang pernah menunaikan solat di sini setiap malam suatu masa dahulu.

Dalam trak ke puncak Jabal Qasiyun, Damsyik.

40 mihrab yang dikatakan mewakili 40 orang beriman, Jabal Qasiyun, Damsyik.

Gua kecil di dalam Masjid, Jabal Qasiyun, Damsyik.

Dikatakan tapak tangan Malaikat Jibril, Jabal Qasiyun, Damsyik.

Pemandangan kota Damsyik dari puncak Jabal Qasiyun, Damyik.

Jabal Qasiyun mengakhiri perjalanan aku pada kali ni. Hari pun makin lewat jadi aku terus menuju ke station bas untuk balik ke Amman, Jordan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Berat hati rasanya nak tinggalkan bumi Syam ni. Banyak lagi tempat yang belum pergi. Mungkin akan kembali lagi di bumi Syam ini. Baru-baru ni, dapat berita tentang Syahidnya seorang sahabat aku semasa menuntut di Jordan. Beliau berasal dari Syria, semasa pergolakan antara rakyat dan Basyar Al-Assad, dia pulang ke Syria. Sedikit sedih sambil tersenyum, apa yang diidamkan oleh beliau akhirnya tercapai.

FREE PALESTINE! SAVE SYRIA!

Thank you for reading this. Until next time InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment