Assalamualaikum
Nak dijadikan cerita, aku dgn sorang kawan aku nak travel ke Turkey secara adventure. So, dengan takde plan nak ke sana,kami main redah je pergi ke station bas cari tiket ke Turkey. Sampai sana baru dpt tahu kena ambil bas ke Halab dulu baru ke Turkey. Halab ni terletak di Syria atau dikenali dengannama Aleppo, Syria. Sampai kat Halab, cari tiket bas lain untuk ke Konya, Turkey. Aku ingat bas pergi straight je ke Konya, rupanya bas berhenti kat Antakya dulu untuk apply visa. Antakya ni check point Immigration antara Turkey dengan Syria.
Antakya dekat dengan Iskenderun, dalam peta ni takde plak Antakya.
Türkiye Cumhuriyeti (Republic of Turkey).
Aku mulakan travelogue Turkey ni dengan sejarahnya. Turkey lebih di kenali dengan 'bumi khalifah' bagikalangan orang islam. Turkey atau dalam bahasa tempatannya, Türkiye adalah satu-satunya negara terletak di pertemuan dua buah benua iaitu Asia & Europe.Tapi sekarang Turkey telah diisytiharkan sebagai sebuah negara Eropah walaupun bahagian Eropahnya takde besar mana pun. Ada la hujung-hujung Istanbul sikit.
Rata-rata penduduk Turkey terdiri dari kalangan rakyat yang beragama Islam. 99% penduduk Turkey adalah muslim. Disebabkan kedudukannya di pertemuan 2 benua, maka kebudayaan masyarakat Turkey agak unik kerana dipengaruhi oleh dua kebudayaan yang amat berbeza, iaitu Timur (Islam) & Barat. Sampai ke hari ini, Turkey masih lagi mengalami krisis identity kerana pengaruh dua budaya. Orang2 kat Turkey still lagi guna bahasa Turkish. English jarang digunakan & tak ramai yang fasih berbahasa English. Sesetengah tempat macam kat Konya, diorg lebih prefer Bahasa Arab dari English. Matawang Turkey ialah Turkish New Lira (YTL). 1 Lira bersamaan dgn 2 Ringgit
Mungkin ramai yang tertanya kenapa turkey dipanggil 'bumi khalifah'atau lebih dikenali sebagai Turki Uthmaniyah. Di bumi Turkey lah lahirnya empayar Islam yang terkuat, terbesar dan paling lama bertahan dalam sejarah dunia. Empayar gergasi ini diasaskan pada tahun 1299 oleh Osman Ghazi, Sultan pertama Turki. Pada tahun 1914, WWI tercetus di tengah bahagian Europe dimana secara tak langsung melibatkan Turkey. Peperangan ini berakhir pada 1918 yang mengakibatkan Turkey mengalami kekalahan yang agak teruk. Oleh kerana kekalahan Turkey dalam WWI, kegemilangan empayar ini berakhir di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.
Empayar Turkey Uthmaniyyah pada tahun 1580.
Pada tahun 1922, Turkey di ambil alih oleh pemerintah yang baru iaitu Mustafa Kamal Attaturk. Mustafa Kamal Attaturk yang bertanggungjawab memodenkan Turkey & menghapuskan sistem kesultanan & khalifah & menggantikannya dengan sistem Republik. Turkey disekularkan secara menyeluruh oleh Mustafa Kamal Attaturk.
Bagi sape-sape yang tak pernah tengok, ni la Mustafa Kamal Attaturk.
Posting ni sebagai intro untuk Travelogue Turkey. Before aku start bercerita tempat-tempat yang menarik, aku rasa nk bagitau kat member-member yang terbaca blog ni summary tentang sejarah Turkey dan sejarah Islam di Turkey.
Thank you for reading this. Keep update for next posting.
Until next time, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment