Assalamualaikum
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dilafazkan sebab setelah beberapa bulan menganggur dirumah, akhirnya dapat offer kerja dari sebuah syarikat helikopter yang telah lama beroperasi di Malaysia. Beberapa bulan yang lepas aku ditawarkan untuk interview salah sebuah company yang beroperasi di Sarawak iaitu Awan Inspirasi. Selepas beberapa hari, MHS offer untuk ambik aku sebagai pilot diorang. Tak ambil peduli dah pasal Awan Inspirasi punya privileges, terus accept MHS. Kalau ikutkan AI punya offer lagi best, tapi sekarang aku ada impian yang baru iaitu sebelum ayah aku bersara dari bidang ni aku nak terbang dengan dia.
Gembira di pagi hari.
Sebenarnya kali ni aku nak cerita pasal Graduation Day aku baru-baru ni. 2 tahun lebih kat APFT, banyak benda yang aku belajar selain dari kutukan-kutukan belakang tentang management diorang. Masa Major Dato' Khalid jadi principal APFT, budak-budak semua disiplin. Rambut kena pendek, tiap-tiap hari khamis ada kawad, masa kena jaga, baju kena kemas, senang cerita dah macam kat Royal Military College. Tapi sekarang baru terasa yang benda tu semua penting sebab semua benda yang aku buat masa kat academy kena apply kat tempat kerja.
Sekarang bila dah bekerja, kalau takde flight untuk haritu, first thing bila masuk office ialah check duty roster. Buat satu flight plan untuk flight hari ni, contact the person in charge of today's flight. Basically make sure everything is ok walaupun kerja tu bukan pilot yang kena buat. Benda-benda camni yang diajar masa di academy dulu despite asyik mengharapkan semua kerja orang buatkan untuk kita.
With my mom, dad & lil bro.
Ok enough bout that, let's go to my graduation day. Tanggal 20 April 2013, i'm officially graduated from APFT. Majlis yang diserikan dengan kehadiran Datuk Dr. Syeikh Muzaffar sebagai perasmi majlis dan diberi penghormatan untuk memakaikan Wing untuk kami. Graduation ni diadakan di hangar APFT, selalunya diorang buat kat Hotel Renaissance KB. Tak tau la apa dah jadi, tiba-tiba tukar venue kat hangar plak, layan je la. Aku pun FOM paksa suruh pergi, kalau tak aku dalam keadaan yang teramat malas nak pergi graduation ni. Majlis diserikan lagi dengan persembahan aerobatic dari Krisakti pada waktu penyampaian wing untuk student.
Angkawasan pertama negara memakaikan wing. It's an honour.
Bersama FOM MHS Capt. Sufian & isteri, parents aku, FO Adama Sangare, FO Norkhairi, FO Gerimis Mengundang Firdaus Muslim.
Tahniah aku ucapkan kepada semua batchmate aku (B33/10) dan terima kasih kepada parents aku yang tak pernah putus asa untuk bagi semangat kat aku supaya terus kejar impian aku.
That's it for now, thanks for reading this. Until next time, In Syaa Allah.
No comments:
Post a Comment