Friday, 10 May 2013

Aqaba : Jordan's Coastal City

Assalamualaikum

Setiap hari bertambah busy, ulang-alik MIAT, pergi DCA untuk setel documentation untuk aircraft conversion. Jadi sebelum aku start fly balik, aku cuba untuk habiskan travelogue aku di Jordan. Tempat terakhir yang aku pergi adalah Aqabah dan Umm Qays. Aqabah merupakan tempat yang wajib pergi bagi sesape yang datang Jordan. Maybe ramai yang akan fikir tak perlu pergi Aqabah kot sebab kat Malaysia dah banyak pantai. Kalau nak pergi pantai baik pergi Terengganu kan, tak payah susah-susah perabih duit nak pergi jauh-jauh. Jawapan pada persoalan tersebut ada kat bawah ni. 

Aqabah : Jordan's Coastal City

Aqabah merupakan satu-satunya pantai di Jordan yang terletak di hujung Timur Laut, Laut Merah. Ia merupakan bandar terbesar di Teluk Aqabah. Pantai Aqabah juga merupakan kawasan pelancongan yang di bahagi kepada 2 negara iaitu Jordan & Israel. Dari Aqabah, korang boleh pergi ke Mesir atau Arab Saudi dengan mudah sebab Aqabah merupakan sempadan bagi Jordan-Mesir dan Jordan-Arab Saudi. Selain dari itu, coastline pantai Aqabah hanya 21 km. Tak besar mana pun sebenarnya.

Aku pergi ke Aqabah dengan bas Syarikat Jett. Ambil masa dalam 4 jam nak sampai ke Aqabah. Sampai je kat sana, kami terus check-in hotel yang berdekatan, harga boleh la kalau dipadankan dengan gambaran dari luar dan untuk traveller yang low-budget macam aku ni. Memandangkan hotel low-budget ni yang paling dekat dengan pantai, jadi aku teruskan je lah niat murni aku.

Perairan pantai Aqabah, Jordan.

Funduk Jamil di Aqabah, Jordan.

Apa yang menarik kat Aqabah? Bagi orang yang suka menyelam, diving atau snorkeling, kat sini ada tempat yang menyediakan khidmat dan alat-alat untuk diving atau snorkeling. Laut Aqabah merupakan tempat berlakunya peperangan diantara Jordan-Israel pada tahun 1967. Jadi kena naik Qarib Zujaj ataupun Glass Boat untuk lihat kereta kebal yang karam dalam lautan ni. Israel tewas dalam peperangan tersebut, kemenangan ini akan diraikan oleh rakyat Jordan setiap tahun.

Kerata kebal yang jadi terumbu karang di Aqabah, Jordan.

Qarib Zujaj atau Glass Boat di Aqabah, Jordan.

Di Aqabah juga ada tempat lawatan sejarah seperti Bandar Ayla. Bandar Ayla adalah bandar Islam lama yang diasaskan oleh Khalifah Saidina Uthman al-Affan pada tahun 650M. Merupakan salah satu bandar perdagangan dan perantara dalam menyebarkan Islam ke benua Afrika. Sebenarnya bandar ni telah pun runtuh dan ditenggalami pasir, tapi pada tahun 1986, seorang ahli arkeologi dari universiti Chicago menjumpai semula bandar ni. Jadi sekarang ada la sikit-sikit structure bangunan Bandar Ayla. Bandar Ayla ni terletak berdekatan dengan hotel Movenpick.

Sebahagian dari Bandar Ayla, Aqabah, Jordan.

Bandar Ayla, Aqabah, Jordan.

  • Bas              : 10 JD 
  • Glass Boat   :  15 JD sejam.
  • Hotel            : 12 JD satu malam.

Umm Qays - The Ancient Town of Gadara

Sebelum aku ambik degree di Jordan, aku masuk kelas bahasa arab di 'Markaz Lughah' atau pusat bahasa selama 3 bulan. Lepas tu bajet power punya pasal aku berhenti pusat bahasa terus masuk universiti. Nak dijadikan cerita, ada la satu hari ni, lecturer kat pusat bahasa ni boleh pulak tiba-tiba teringat nak buat rehlah ataupun lawatan. So diorang pun rancang nak ke Umm Qays sebelum melawat Universiti Yarmouk di Irbid. Dengan tawaran harga yang berpatutan aku pun join pergi sana. Yang jadi makin seronok tu sebab dapat jalan-jalan dengan kawan-kawan sekelas dari negara asing. Ada dari South Africa, Bulgaria, Russia, Turkey, US dan banyak lagi la.

Umm Qays sebuah lagi bandar Rom di Jordan yang dikenali sebagai Gadara yang merupakan Decapolis Greco-Roman yang unik. Ianya pernah dikuasai oleh empat kuasa besar iaitu Greek, Rom, Byzantine, dan empayar Uthmaniyyah. Gadara telah dijadikan sebagai pusat tentera Ptolemy oleh Alexander the Great dan pada tahun 198 SM, Seleucid telah mengambil alih Gadara selama 100 tahun. Tembok bandar yang dibina Seleucid kekal dan terletak berhampiran kawasan parking kereta kat sini. Kemudian Gadara dikuasai Rom dan dihadiahkan kepada Raja Herod. Pada zaman pemerintahan Byzantine, pengaruh agama Kristian kurang sebab mereka masih mengamalkan agama Greco-Roman. Pada 303 M, agama Kristian telah tersebar luas dan sebuah gereja berbentuk octagon telah dibina di rangkaian Acropolis ketika pemerintahan Milan.

Jalan masuk ke Umm Qays, Jordan.

Sebahagian Colleseum yang masih ada di Umm Qays, Jordan.

Musim panas 636 M merupakan detik penguasaan Islam ke atas Gadara. Dikatakan bahawa sewaktu perang salib, Gadara telah musnah akibat gempa bumi. Ketika zaman pemerintahan empayar Uthmaniyyah, satu Kanun Tanah Uthmaniyyah telah dikeluarkan, maka Gadara telah dihidupkan dengan tuan tanah yang baru. Pada zaman kerajaan Uthmaniyyah juga bandar Gadara dibangunkan semula. Rata-rata golongan miskin menduduki persekitarannya yang kini merupakan pusat bandar Umm Qays.

Runtuh akibat gempa bumi di Umm Qays, Jordan.

Apa yang menarik di Umm Qays? Sebiji macam Jerash tapi tak sebesar Jerash, selain dari sejarah dan key chain mahupun t-shirt, takde apa pun yang menarik kat sini. At least dapat lah sikit info tentang zaman kegemilangan Islam pada zaman dulu. Tetapi di Umm Qays masih ada la sikit-sikit struktur bandar tu, macam perigi, rumah yang dijadikan sebagai muzium. Selain dari tu, korang boleh tengok satu view yang cantik dari atas bukit ni.

Di kawasan rumah yang dijadikan muzium, Umm Qays, Jordan.

Perigi yang digunakan pada zaman dulu, Umm Qays, Jordan.

Disebabkan Umm Qays ni terletak di atas bukit, jadi boleh nampak Tasik Tiberia, Bukit Golan dan perkampungan di Utara Jordan. Kalau bernasib baik, korang dapat tengok puncak Gunung Hermon yang dilitupi salji ataupun juga dikenali sebagai 'Jabal Al-Syeikh'. Gunung Hermon ni terletak di Syria yang merupakan gunung tertinggi di Syria dan menjadi rebutan antara Syria-Israel. Gunung Hermon juga merupakan sumber air utama buat ketiga-tiga negara iaitu Syria, Jordan dan Israel.

Pemandang dari atas bukit Umm Qays, Jordan.

Bersama Ahmad (S.Africa) dan Musa (Bulgaria) di Umm Qays, Jordan.

Kisah travelogue Jordan aku berakhir dengan Aqabah dan Umm Qays. Aku tak sempat nak pergi semua tempat sebelum balik ke Malaysia. Pape pun aku harap korang enjoy menelaah post travelogue Jordan aku ni.

Thanks for reading this. Until next time, In Syaa Allah.

No comments:

Post a Comment