Friday 13 October 2017

I'm Proud To Be Part of Malaysian

Assalamalaikum

Setiap orang ada impian masing-masing, bagi aku salah satu impian aku adalah untuk bekerja di syarikat yang sama dengan ayah aku dan syarikat tu adalah MHS Aviation Berhad. Ayah aku dah berkhidmat dengan MHS sejak zaman bawah Bristow lagi iaitu lebih 30 tahun, sampailah dia bersara pada February 2017. Aku pun pasang impian yang sama, nak buat macam ayah aku. Masa kat APFT atau pun nama panjang nya Asia Pacific Flight Training, ramai yang tanya budak-budak helikopter ni nanti kerja apa. Kebanyakan orang tak tahu apa yang kitorg buat, kalau kat oversea maybe helicopter ni famous dengan agriculture, tabur baja, hambat lembu ke kan. Tapi kat Malaysia ni aku boleh kata 90% rakyat Malaysia yang tak tahu orang-orang Petronas, Esso, Shell dan sekutunya naik helicopter pergi offshore. Bak kata ayah aku, kerja kami tak famous macam airline sebab helicopter bukannya main transportation untuk semua orang.

Back to our main topic, post kali ni bukan nak bercerita mengenai career sebagai seorang pilot helicopter tapi nak cerita tentang berakhirnya era kegemilangan sebuah syarikat yang pertama provide helicopter service ke offshore di Malaysia.

MHS Aviation Berhad

Sebelum aku cerita lebih lanjut apa yang jadi, nak cerita tentang MHS Aviation sikit. MHS stands for Malaysia Helicopter Services yang diambil alih dari penjajah omputih Bristow Helicopter. MHS dulunya bernaung di bawah MAS pada zaman Tajudin Ramli pegang MAS. Kemudian perdana menteri ketika tu Tun Mahathir suruh asingkan tapi Tun nak orang melayu yang jadi CEO. Pada tahun 1983 MHS Aviation Berhad bergerak secara solo dibawah pentadbiran CEO baru iaitu En Maasom dan beberapa share holder yang lain. MHS Aviation berkembang pesat pada waktu itu sehingga beroperasi di luar negara, dalam Malaysia tak payah cerita la kan. Selain dari tu MHS pernah hantar heli untuk buat bantuan kemanusiaan di Aceh ketika Tsunami dan tak pernah ketinggalan untuk join government forces buat bantuan kemanusiaan ketika banjir besar di pantai timur tahun 2013. Kalau korang pernah tengok cerita Jackie Chan tajuk 'Who Am I', yang first part cerita tu diorg pakai helicopter MHS S61. Ini sedikit sebanyak sejarah tentang MHS, so korang boleh bayangkan la betapa besarnya MHS ni kan.

S61N 9M-AVP dicat celoreng untuk filem Jackie Chan 'Who Am I'

S61N operate di Sudan.

AS355F2 operate di Aceh selepas Tsunami.

S61N digunakan untuk transport ubat dan jenazah selepas Tsunami di Aceh. 

AS355F2 operate ketika banjir besar 2013.

Pada May 2016, satu accident berlaku kat Norway yang melibatkan sebuah helikopter jenis Airbus Helicopter AH225LP terhempas tak jauh dari pantai yang mengorbankan 19 passenger dan 2 pilot. Yang lebih mengerikan, kipas utama iaitu kipas yang kat atas heli tu tercabut completely dari badan heli ketika masih berada di ketinggian 2000 kaki. As far as pilot concerned kalau main rotor tercabut terus, there's nothing you can do except doa because the main rotor is the crucial parts of the helicopter. Bila jadi nya kemalangan ni, pihak Civil Aviation Authority UK (CAA UK) dan EASA telah mengambil langkah berhati-hati dengan menggantungkan sementara penggunaan helikopter jenis Airbus Helicopter AH225LP seluruh dunia. Secara tak langsung, kejadian ni turut terkesan kepada syarikat yang aku bekerja iaitu MHS Aviation Berhad.

Korang boleh tengok main rotor je yang terbang.

Main rotor yang dijumpai oleh investigator.

Nak dipendekkan cerita, selepas setahun kitorg duk goyang kaki makan gaji buta, CAA UK masih tak lift banned. Pada 12 Jun 2017 seminggu sebelum raya aidilfitri, MHS dapat satu notis 3 bulan 'Contract Termination Without Cause' dari client (Petronas, Exxon, Sapura Kencana, EQ). Premis  di terminal dan hangar perlu dikosongkan dalam tempoh 3 bulan. MHS dapat duit melalui daily payment dari client, korang bayangkan setahun kitorg tak terbang means 0 income for company but still syarikat bayar gaji kitorg macam biasa sampai la satu tahap CEO sendiri turun jumpa staff cakap yang company dah tak boleh sustained, so terpaksa buang semua orang ataupun dalam maksud yang lain tutup la. Dan aku as a line pilot ditamatkan perkhidmatan pada 18 September 2017, maka bermulalah misi memburu kerja di tempat lain.

Last pose in blue suit with EC225 sebelum heli berpindah dan disimpan di Miri.

Selepas 34 tahun beroperasi di Kerteh, Terengganu, MHS Aviation Berhad terpaksa menamatkan perkhidmatan. Mungkin setakat ini sahaja rezeki kitorg di Kerteh, mungkin ada yang lebih baik selepas ini, mungkin MHS akan kembali naik di puncak seperti dulu satu hari nanti. Semua kemungkinan yang kita fikir adalah kerja Tuhan, apa yang kita boleh buat usaha, doa dan tawakkal but one thing that I wanna say is I'm proud to be part of Malaysian. Sebelum MHS berundur diri dari Kerteh kitorg sempat buat one last flypass flight sebagai tanda perpisahan dengan pekerja-pekerja lapangan terbang Kerteh. That's all for this time, Thank you for reading this, until next time. Here's the video for the flypass flight.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. S61N operate di Sudan. Nama kapal tu bukan S61N nama kapal SA330J Puma

    ReplyDelete