Sunday 22 October 2017

Balkan : A Chain of Wooded Mountain

Assalamualaikum

Sejak dah takde kerja ni, banyak masa yang terluang. Jadi aku cuba isi masa yang terluang dengan tulis blog yang takde orang tengok pun. Tapi aku tak kisah pun sebenarnya sebab aku suka baca blog aku sendiri, at least aku boleh throwback tempat yang aku dah travel dan pengalaman yang aku dah alami.


So kali ni aku nak cerita tentang 'Balkan Trip' yang aku pergi pada bulan 4 yang lepas. Kali ni aku tak pergi secara 'backpackers' sebab aku malas nak booked hotel, nak kejar sana sini hambat bas atau train, malas nak fikir pasal macam-macam. Jadi untuk trip kali ni aku pergi dengan travel agent, senang dan mudah cuma bayar duit dan semua akan diuruskan. Kadang-kadang bila pergi backpakers ni duit banyak jugak habis berbanding dengan travel agent ni. Lagi satu lately aku dengar macam-macam yang jadi kat backpackers, ada yang tak boleh balik sebab cedera la apa la. Aku rasa untuk trip ke balkan ni better pergi dengan agent memandangkan aku nak pergi dengan isteri aku yang tengah mengandung 4 bulan masa tu, at least kalau jadi apa-apa pun ada org boleh tolong uruskan. Selepas review mengenai the one and only travel agency di Kerteh, kitorg untuk join package yang di uruskan oleh DnK Travel & Tours. Walaupun syarikat travel ni kecil dan tak sebesar syarikat travel yang lain tapi servis diorang memang tip top, bagi aku taraf 5 bintang. DnK Travel ada buat package dalam dan luar negara termasuklah umrah, korang tak perlu risau sebab DnK ada lesen umrah yang diluluskan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
Feel free to view their fb page DnK Kerteh

Trip ni ambil masa selama 12 hari 10 malam, bermula di Istanbul, Turkey dan berakhir di Milan, Italy. Kitorg naik bas all the from Istanbul sampailah ke Milan, then we went back to Malaysia from Milan by flight. Korang boleh usha perjalanan dan route kitorg sepanjang 12 hari.

Map from Istanbul, Turkey to Vienna, Austria

Map from Vienna, Austria to Milan, Italy

As usual sedikit tentang Balkan, Balkan terletak di bahagian timur dan tenggara Eropah. Balkan ni diambil dari 'Pergunungan Balkan' yang merentasi sempadan Serbia-Bulgaria hingga ke Laut Hitam. Perkataan Balkan pula diambil berasal dari zaman Turki Uthmaniyah iaitu 'rantaian pergunungan berkayu' atau ' a chain or wooded mountain'. Ia juga dikatakan berkait dengan perkataan dari Parsi iaitu 'bālk' yang bermaksud 'lumpur'. 

Menurut Encyclopaedia Brittanica, Balkan terdiri dari Albania, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Kosovo, Croatia, Republic of Macedonia, Montenegro, Romania, Serbia, dan Slovenia. Kebanyakan kawasan ini diliputi oleh pergunungan, dan setiap negara-negara balkan berada di rangkaian utama dengan Gunung Balkan yang bermula dari Laut Hitam di Bulgaria ke sempadan Serbia, Gunung Rhodope di selatan Bulgaria dan utara Greece, Alpari Danaric di Bosnia, Croatia dan Montenegro dan banyak lagi. Gunung yang tertinggi di Balkan terletak di Bulgaria iaitu setinggi 2925m.

Pada 1912-1913, berlakunya Perang Balkan Pertama yang melibatkan Bulgaria, Serbia, Greece dan Montenegro dimana negara-negara ini bersatu membentuk sebuah perikatan untuk melawan Empayar Uthmaniyyah. Akibat perang, hampir semua wilayah jajahan empayar Uthmaniyyah ditawan dan dibahagikan kepada sekutu pakatan.

Perang Dunia Pertama tercetus di Balkan pada tahun 1914 apabila ahli-ahli Mlada Bosna, sebuah organisasi revolusineri dengan ahli Serbia dan pro-Yugoslavia, membunuh Austro-Hungarian pewaris Archduke Franz Ferdinand of Austria di ibu negara Bosnia Herzegovina, Sarajevo. Ia menyebabkan tercetusnya peperangan diantara dua negara tersebut dimana melibatkan perikatan dengan negara-negara Balkan yang lain.

In shaa Allah next post will be about Sofia, Bulgaria. Aku skip Istanbul sebab mostly aku dah cerita semuanya kat dalam post yang sebelum ni. Sofia, Bulgaria is our second destination in this trip.

Halfboard Package : Flight                - Qatar Airways (Return)
                                  Accomodation  - 4 Star Hotel
                                  Meals                - 2 x per day (Breakfast & Dinner)
                                  Transportation   - Bus (Istanbul, Turkey - Milan, Italy), Boat (Venice only)
                                  Tipping              - Tour Guide & Visa (inter country)
                        Total : RM 6,780 per pax / RM13,560 for 2 pax

Duit Belanja             : Currency    - €1 = RM 5.00
                                    Tukar         - €1,000 = RM5,000

Total Spent               : RM 18,560

No comments:

Post a Comment