Saturday, 6 July 2013

Fatih Seferagic A Young Hope

Assalamualaikum

Mungkin ramai yang kenal dengan nama ni dan mungkin ramai yang tak kenal dengan jejaka tampan ni. Harap maaf, saya straight ye..haha, just joking. Tanpa rasa malu aku nak nyatakan I really envy this guy sebab dia bergelar seorang hafidh pada umur yang sangat muda. Ketika kita sedang seronok main teng-teng, lempar selipar, guli etc. Fatih Serefagic mampu menjadi seorang hafidh. Selalu orang lain bercerita tentang bintang kpop nak datang Malaysia, dia bukanlah penyanyi atau artis namun Qur'an yang menjadikan beliau terkenal diseluruh pelusuk dunia. 

Fatih Seferagic

Sedikit info tentang Fatih Seferagic. Berumur 18 tahun dan dilahirkan di Germany tapi memegang warganegara Bosnia. Fatih berpindah ke USA pada umur 4 tahun. Beliau mula menghafal Al-Qur'an pada umur 9 tahun di Islamic Society of Baltimore dibawah Syeikh Qari Zahid & Qari Abid dan menamatkan hafalan pada umur 12 tahun. Beliau menyambung pelajaran beliau dalam Bahasa Arab di Baiyyinah's Dream Program di Dallas. Dan sekarang Fatih menetap di Houston, Texas.

Malaysia Tour. A Young Hope.

Sekarang dia ada di Malaysia bagi memenuhi permintaan peminatnya di Malaysia. Baru-baru ni aku ada pergi event dia di Duta Damansara, Masha Allah, his Qur'an recitation is really amazing. Selepas habis event tu aku dapat bertukar pandangan dia. Kadang-kadang ada orang yang tak puas hati dengan kenyataan 'A Young Hope'. Dia ni bkn orang Palestine la, tak pergi berjihad la ape la macam mana boleh dpt gelaran 'A Young Hope'. Tapi nak menjadi seorang hafidh di negara bukan Islam bukan senang, banyak halangannya dan kat Malaysia pun ingat senang ke nak menghafal. Berjihad bukanlah hanya dengan mengangkat senjata je tapi dengan macam-macam cara. Dan ini salah satu cara utk berjihad. 

When Houston meets Malaysian.

Muaz, sahabat lama dan jumpa blk.

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Qur'an, dan Kami telah menjaganya." (Al-Hijr 15:9)


Do follow him guys!

No comments:

Post a Comment