Sunday 30 June 2013

Doa Adalah Senjata Mu'min

Assalamualaikum

Aku mulakan post kali ni dengan sedikit renungan dan pendapat. Dah lama sangat tak tulis pasal keagamaan ni. Aku pun dah sedikit hanyut dengan hal-hal kerja. haha.. So kali ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman dan pendapat tentang DOA. Baru-baru ni aku ditugaskan, actually aku dipaksa untuk memberi kuliah maghrib di surau dekat rumah aku. Tajuk yang dicadangkan adalah "Doa Adalah Senjata Mu'min". Nampak macam mudah, tapi sebenarnya susah. AJK surau semua kata, "Topic ni senang je Ust". Mungkin mudah kalau dilihat dari segi luaran sahaja. Jadi, mari kita sama-sama berkongsi pendapat. Ini adalah pendapat aku, mungkin orang lain ada pendapat sendiri. 

Macam biasa, selepas jd imam solat maghrib aku rasa dah bersedia nak bagi kuliah maghrib tapi macam tak tau mana nak start. Aku mulakan dengan sepotong ayat Al-Quran yang aku baca pada solat maghrib  yang bermaksud:

"Dan mintalah pertolongan (dari Allah) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya solat itu sungguh berat bagi orang-orang yang tidak khusyuk." - Al-Baqarah : 45


Scene 1 : Doa itu adalah syukur, doa itu adalah merintih pertolongan, doa itu adalah rindu. Simple words, rata-rata orang akan berdoa kepada Allah SWT bila dalam keadaan susah. Bila dalam keadaan senang mereka lupa nak berdoa menyatakan syukur kepada segala pemberian Allah SWT. Sedangkan Allah SWT tak pernah berpaling untuk mendengar rintihan hamba-hambanya. Kadang-kadang mereka jadi marah sebab permintaan itu tak dijawab, tapi mereka terlupa dengan dua perkara lagi iaitu 'Sabar & Solat'. Doa perlu disertai dengan dua perkara ni. Berdasarkan ayat atas ni, Allah SWT mengaitkan Doa, Sabar dan Solat. Perkara yang perlu didahulukan adalah Solat, kita menyembah Tuhan yang mencipta kita dan kemudian baru kita buat permintaan. Akhir sekali setelah kita perlu bersabar dengan jawapan terhadap permintaan itu.  

"Allah menguji setiap hambanya kerana Allah merindui hambanya."

Scene 2 :  Allah tidak akan menguji setiap hambaNya lebih daripada apa yang hambaNya mampu hadapi. Ujian tersebut bukan saja utk membuktikan di mana tahap keimanan kita tetapi ia juga nyatakan bahawa Allah rindu dengan hambanya, supaya hambanya tidak putus berdoa mengharapkan bantuan dari Allah dan bukan dengan selain dari Allah. Kadang-kadang bila orang mula menyimpang, mulalah pergi jumpa segala bomoh dan pawang minta tolong. Ini adalah realiti.

"Aku tidak takut doaku tidak diterima, tetapi aku lebih takut aku tidak diberi hidayah untuk berdoa" 
(Saidina Umar Al-Khattab)


So jangan berhenti berdoa dalam apa jua keadaan. Luahkan rasa syukur, rindu, rintih di dalam doa seharian. Agar Allah SWT memberi keberkatan dalam hidup kita. In Syaa Allah.

Until next time.

No comments:

Post a Comment