Wednesday, 23 January 2013

Proud To Be A Muslim

Assalamualaikum

Setiap 12 Rabiul Awal, semua umat Islam akan menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW. Kalau di Malaysia, sambutan di raikan dengan perarakan dari satu tempat ke satu tempat. Selain dari tu, bagi sape-sape yang tinggal kat kampung mesti dapat tengok makcik-makcik pakat ramai-ramai pergi surau, ikut marhaban katanya. haha.. Tak kisah la buat perarakan atau marhaban, yang penting tujuan adalah sama.

Bagi kaum lelaki pulak kalau setiap kali Solat Jumaat, mesti dengar khatib akan mengingatkan kita tentang selawat ke atas baginda SAW.

Rasulullah SAW bersabda : " Barang siapa yang berselawat keatasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat keatansya dengan sepuluh selawat." (Hadis Riwayat Muslim)

Seorang insan yang mulia dan ma'sum (tidak melakukan dosa) bernama Muhammad SAW telah berkorban untuk Islam yang dicintainya. Bukan sahaja berkorban untuk Islam malah untuk umat baginda sehinggakan disaat akhir hayat baginda hanya menyebut "umatku, umatku, umatku". Selepas baginda wafat, perjuangan  baginda diwarisi oleh empat khalifah iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً
"Wahai orang-orang beriman berselawatlah kalian kepada nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"

Aku masih ingat tentang pesan salah seorang rakan merangkap housemate aku masa kat Jordan dulu, dia  tanya aku tentang cinta. Cinta ini bukan lah membawa makna cinta kpd manusia tp cintakan Tuhan dan Rasul-Nya. Dulu aku ada tengok cerita 'budak kelantan' (cerita paling bangang)..ha3, salah seorang pelakon die ada cakap "cinta kita tak cakap, kita buat".Kalau sape-sape tengok cerita tu tau la camne maksud dia. haha
Dalam entry kali ni ape yg mamat tu cakap mmg ada kena mengena dgn tajuk ni. "Cinta kita tak cakap,kita buat"...herm,ape yg kene mengena yek?...jom baca conversation kat bwh ni..
Scene 1 : Conversation antara 2 org iaitu manusia dan insan.
Insan : kepada siapa cinta kita ditujukan?siapa blh bg pandangan..
Manusia : saya! kadang-kadang rase cintakan mak dgn ayh..kdg2 rase cintakan diri sendiri..tp ape yg pastinya kita cintakan Allah dan juga Rasulnya.
Insan : bagaimanakah kita membuktikan cinta tersebut?
Manusia : herm..dgn mengikut segala arahannya dan meninggal larangannye kot..ho3~
Insan : kalau mcm tu selamat berjaya dlm pembuktian tersebut.

-credit untuk housemate aku Ustaz Razi.

-end of conversation-

Kalau cinta dilafazkan dimulut saja maka perkataan 'cinta' itu akn menjadi satu yg sia-sia. Ramai orang kata mereka cintakan Allah & Rasulullah SAW, tapi bagaimanakah mereka membuktikan cinta mereka itu? Satu persoalan yg perlu ditanya pd diri sendiri. "Cinta kita tak cakap, kita buat", maka untuk mendapatkan & membuktikan cinta itu perlu kepada perbuatan iaitu mengikut segala arahan Allah SWT & meninggalkan segala larangannya. Bagi membuktikan cinta kepada Rasulullah SAW, kita perlu menghidupkan sunnah baginda dan berselawat keatas baginda SAW. Tak perlu kita bercakap cinta itu, kita terus sahaja kepada pembuktian kerana kalau cinta itu dilafazkan tanpa perbuatan maka cinta hanya dimulut sahaja, belum sampai kedalam hati yg betul-betul mencintaiNYA. Apa-apa pun doa harus di teruskan untuk istiqamah dalam amalan.

" Aku tidak takut doaku tidak diterima tetapi aku takut aku tidak diberi hidayah untuk berdoa lagi." 
(Umar Al-Khattab)

Untuk Maulidur Rasul kali ni, jom kita banyakkan selawat keatas baginda SAW.

 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Thanks for reading this. Until next time, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment